Friday, November 13, 2009

Pahang Bentang Bajet Defisit 2010 Untuk Kali Ke-12

Jumaat November 13, 2009

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan Bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Bagaimana pun, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Bajet defisit 2010 itu berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun 2009 iaitu RM98.61 juta.

"Sejumlah wang iaitu sebanyak RM814,365,760.00 diperuntukan untuk bajet bagi tahun 2010 iaitu RM571,871,950.00 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810.00 bagi Perbelanjaan Pembangunan.

"Bajet bagi tahun 2010 masih lagi dalam keadaan defisit sebanyak RM92,481,950.00." katanya ketika membentangkan Bajet 2010 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di sini.

Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

"Berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan menduduki tangga keduaberbanding tangga ketiga pada sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa struktur ekonomi negeri telah mula bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

"Dari segi pendapatan per kapita pada tahun 2005 ianya ialah sebanyak RM6,648.00. Dengan kerancakkan aktiviti ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan, ia dijangka meningkat kepada RM8,245.00 pada tahun 2010." kata Adnan.

Beliau bekata strategi bajet bagi tahun 2010 adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Perbelanjaan yang bersifat mewah dan kurang memberikan impak positif kepada rakyat dan negeri tidak diberikan keutamaan dalam bajet bagi tahun 2010," katanya.Ketika membentang bajet itu, Adnan berkata beliau juga ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri Pahang masih mempunyai tanah yang luas.

"Sebenarnya, sebahagian besar daripada keluasan tanah di Pahang yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar adalah dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai," katanya.

Beliau berkata kerajaan Negeri telah berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar Kerajaan Persekutuan.

Adnan berkata sehingga kini Kerajaan telah mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan semua aktiviti pembalakan tidak dibenarkan, sedangkan nilai komersil hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

"Saya berharap bahawa kesanggupan Kerajaan Negeri Pahang berkorban demi kepentingan negara dengan mewartakan kawasan begitu luas sebagai kawasan tadahan air, akan diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

""Jika semua kawasan hutan di Negeri Pahang dihapuskan, ianya bukan sahaja menjejaskan bekalan air di Pahang tetapi juNegeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negerinegeri ini berpunca dari kawasan tadahan air di kawasan gunung-ganang dan bukitbukau di Pahang.

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan tersebut.

"Saya akan terus menyusul perkara ini dengan Perdana Menteri. Marilah bersamasama kita berdoa agar permohonan kita dipertimbangkan dengan sehabis baik," katanya.

BERNAMA

1 comment:

udanggalah said...

Salam ... Pahang Darulmakmur..buminya begitu subur dan luas. Masih banyak ruang untuk diteroka dan dimajukan.Jangan harapkan pada yang dah habis.Wujudkan industri baru yang dapat menamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.Mudah-mudahan belanjawan akandatang tidak defisit lagi.