Sunday, November 22, 2009

Potong Buah Dalam Suasana Musim Tengkujuh

Timbunan buah sawit yang diangkut kerana masalah jalan
Pekerja Mat Indon turut ambil bahagian
Lagi sebahagian hasil bulan ni(pusingan ke-2

1. Semalam (22.11.2009)penulis bersama keluarga balik kerumah bapa mertua di Jengka 10.Pada masa yang sama pusingan ke 2 bulan November pengeluaran hasil kelapa sawit perlu dilakukan.Walau pun musim hujan hampir sebulan melanda ladang dan kawasan sekitarnya namun pengeluaran hasil sawit perlu juga dilakukan.Jadi pekerja ladang penulis terpaksalah mengangkut buah sawit ni kekawasan yang agak tinggi dan lari mampu masuk.Ini memandangkan kawasan ladang ini begitu sukar dilalui lori kerana jalan ladang ini telah begitu lama tidak diperbaiki(seingat saya 6 tahun).

2.Alahamdullilah dapat juga hasil 6.04 tan dengan harga RM455 dapatlah RM2750.Pusingan lepas dapat 7.02 tan dengan bayaran RM3045.Jumlahnya RM5815 untuk dua kali pengeluaran hasil bulan ni.Untuk bulan ni penulis mengagihkan RM500 untuk setiap 7 beradik dan untuk adik penulis Halim RM700.Cumanya teruk lah sikit saya berlumpur masuk ladang.Yang buat dengan FELDA lagi untung dapat RM1500,dengan tak payah buat kerja,Boleh duduk kedai kopi memanjang.Dari pagi sampai petang sidang parlimen.

3 comments:

kelambuharimau said...

habis takkan nak ampu pembangkang lak.lagi ngarut pemimpinya siap bole tahu sape yang masuk syurga neraka..tak payah beramal pangkah aje PAS masuk syurga senangnya cerita

DIARI PKGMEN said...

Inilah budaya UMNO dah kalah teruk PRU12 masih lagi tak sedar-sedar.Cakap besar lagi

dakmus said...

Salam

Yang penat lelah ibu bapa kita...
Yang tuai hasil kita
apa salahnya..
harta pusaka atau hasil pusaka disedekahkan dalam bentuk wakaf kepada yang memerlukan...takkan asyik buat kenduri arwah aje...30% daripada hasil pun dah cukup bayar bil api masjid...