Monday, November 9, 2009

Ladang Pusaka Felda Jengka 3



1.Sebenarnya penulis adalah anak peneroka Jengka 3. Ayah dan ibu sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Yang tinggal ialah ladang 10 ekar dan rumah pusaka. Ladang dan rumah ini telah pun dipegang amanah kepada adik penulis yang bertugas sebagai tentera di Penang. Peringkat awal dulu dia yang menguruskan ladang ini. Oleh kerana dia telah berpindah jadi buat sementara ni penulis yang menguruskannya. Kami uruskan secara bersendirian dengan menghantar hasil kepada Felda. Kami ingin berdikari dan tak mahu dibebankan dengan hutang Felda kerana semasa hayat orang tua kami dia tidak meninggalkan hutang.

2. Gambar atas adalah hasil separuh bulan ni iaitu 7.09 tan. Dapatlah RM3,000.00 lebih. Dapat lah sikit sorang adik beradik dan simpan untuk baja dan racun dan lain-lain pengurusan.Dengar ceritanya yang buat dengan FELDA lagi banyak dapat RM1,500.00 sebulan. Hutang pulak kalau macam pokok penulis ni dah dekat RM30.000.00.BANDINGKAN...........Yang untung nya orang kita buat dengan Felda goyang kaki. Bulan-bulan dapat duit.Dulu kini dan selamnya rileks.Hujung bulan ni potong buah lagi. Harap dapatlah macam ni juga atau bertambah. Orang buat dengan FELDA dapat tulah RM1500.00.Jangan jeles


1 comment:

LKTP1436 said...

Tahniah kerana berjaya berdikari, memanglah yang terbaik urus sendiri, tetapi jika tidak mampu, bagus juga serah kat felda, hutang pun hutanglah......

Saya juga urus sendiri kebun saya.

Blog saudara, saya sudah senaraikan didlm " Blog Generasi Felda " harap maklum.

Sekian terima kasih.