Sunday, November 15, 2009

JOM KE MASJID



Masjid adalah pusat pertemuan orang mukmin yang telah ditentukan oleh Islam melalui Nabi s.a.w untuk melaksanakan pelbagai ibadah sebagaimana yang dituntut. Islam menuntut kita supaya kita mengerjakan solat berjemaah dan mengadakan aktiviti belajar ilmu melalui majlis ilmu untuk memahami kewajipan kita terhadap Allah swt. Dengan kehadiran ahli qariah atau ahli masyarakat setempat, dapatlah menjalinkan silaturrahim sesama saudara dalam Islam dan dapat pula melaksanakan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan agama dan masyarakat.

Tapi malangnya sambutan kehadiran ahli dalam sesuatu qariah masjid belumlah memuaskan. Jika ditinjau dari masa ke semasa kehadiran di masjid-masjid mau pun surau-surau adalah terdiri dari golongan yang telah lanjut usia atau mereka yang bertaraf "pencen". Kehadiran di kalangan orang yang tidak pencen dan golongan di peringkat pemudanya begitu terhad sekali. Begitu juga golongan kanak-kanak belum kelihatan dapat memeriahkan suasana masjid. Walaupun kanak-kanak inilah bila dewasa nanti akan mengambil tempat ahli jemaah yang telah tiada lagi.

Suasana kehadiran jemaah di masjid sangat membanggakan apabila sampai bulan ramadhan, di mana pada awal bulan ramadhan solat maghrib yang diikuti dengan sunat terawih dan isyak agak ramai bilangannya dan amat luar biasa jika dibandingkan di masa-masa hari biasa. Begitu juga pada solat sunat Hari Raya i'Idilfitri mau puan 'Idil Idha, kehadiran atau bilangan jemaah yang ramai menunaikan solat sunat Hari Raya memyebabkan kadang-kadang tidak cukup ruang solat di masjid bagi menampung bilangan jemaah yanag hadir untuk solat. Alangkah baiknya jika suasana yang ramai ini dapat dikekalkan setiap waktu atau pada hari biasa, bagi mengimarakkan masjid atau surau dengan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Masjid dapat menjalankan peranan sebagai institusi sosial, dan ilmu, khususnya ilmu keagamaan dan yang berkaitan dengn fardhu ain, yang sangat perlu oleh setiap muslim mempelajarinya untuk beramal dengan ilmu yang berkaitan serta mempastikan amal ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima di sisi Allah swt, mengikut kaedah atau peraturan yang ditetapkan seperti yang berkaitan dengan solat serta amalan-amalan lain dalam agama Islam yang perlu difahami sebelum boleh diamalkan. Jika pihak penyampai dan jemaah yang hadir ke majlis ilmu atau halaqah ilmiah ini dengan ikhlas kerana Allah, insya Allah kita akan dapat ganjaran yang besar manfaatnya.

Dari riwayat Abi Umamah r.a draipada Nabi Muhammad saw baginda bersabda, yang bermaksud:

"Sesiapa yang pergi di pagi hari ke masjid, ia tidak bermaksud kecuali unyuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya ia akan memperoleh pahala ibadah haji yang sempurna"

- Hadis Riwayat Tabrani dan Al-Hakim.

Di samping itu faktur pengurusan masjid yang cekap yang dapat mengisi program yang menyeluruh dan bermanafat kepada ahli jemaah, usaha untuk menarik ahli qariah atau penduduk setempat perlu dilakukan supaya menjadikan masjid sebagai tempat yang yang sangat penting di dampingi kerana masjid adalah tempat yang paling suci yang diberikan rahmat, ketenangan oleh Allah swt bagi sesiapa yang hadir melaksanakan ibadat atau aktiviti ilmu, iktikaf dan sebagainya.

Bagi golongan kanak-kanak adalah sangat digalakkan supaya ibubapa membawa dan membiasakan anak-anak mereka hadir ke masjid, dengan harapan mereka akan dapat melatih diri mereka untuk terus datang ke masjid tanpa segan silu semasa mereka dewasa nanti. Tapi kehdiran mereka seharusnya melalui bimbingan ibubapa tentang adab tertib semasa di masjid, supaya tidak mengganggu jemaah lain yang ada di amasjid.

Kebanyakan masjid terutamanya di bandar-bandar pengajian agama seperti kuliah maghrib,kuliah subuh dan kelas-kelas agama ynag lain berjalan dengan baik dan mendapat sambutan, walaupun belum boleh dikatakan memuaskan. Sambutan dari ahli qariah masih kurang kerana ramai ynag belum tertarik dengan aktivti pelajaran agama yang disampaikan. Kemungkinan kesibukan bekerja atau belum dapat petunjuk untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mengikut kuliah atau pengajaran agama. Yang penting kita mesti sedar kepentingan menghadikan diri di masjid dan berusaha supaya dalam kesibukan itu juga dapat kita merancang untuk hadir ke masjid.

Oleh itu melaui foram ini, saya menyeru diri saya sendiri dan anda sekalian jhika belum berbuat demikian supaya dapat mengimarakkan dan meningkatkan syiar Islam dengan melapangkan masa supaya bersama-sama hadir ke masjid atau surau yang berdekatan dengan tujuan melaksanakan perintah Allah swt untuk bergerak dalam satu jemaah dan bersama-sama mendapatkan keredhaan Allah swt.

* Bagi solat fardhu berjemaah di masjid hukumnya adalah fardhu kifayah. Pahalanya 27 kali ganda daripada solat berseorangan. Solat lima waktu bagi kaum lelaki berjemaah di masjid adalaah lebih baik daripada berjemaah di rumah. Bagi kaum perempuan solat di rumah adalah lebih baik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Maksudnya.

"Solat bersama imam lebih afdhal dari dua puluh lima kali solat di kerjakan seorang diri"


*Imam Al-Manawi berkata dalam kitab Faidhul Qadir mengenai sabda Rasulullah saw, "

"Sesiapa yang pergi menuju solat fardhu berjemaah ia sama dengan menunaikan ibadah haji". Yakni (ia akan memperoleh) seperti pahala haji, tapi tidak mesti sama ukurannya".

Ini bermakna jika kita konsisten/berterusan mendirikna solat berjemaah Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak seperti menunaikan haji.

* Dalam satu hadis yang bermaksud.

"Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wudhu'nya batal ataupun ia bercakap. Para malaikat itu memohon; " Ya Allah , Ya Tuhanku !, Ampunilah dia , Rahmatilah dia!".
*Membiasakan diri bersolat jemaah adalah perkara yang besar faedahnya. Tapi berjemaah semasa solat Isyak dan Subuh adalah lebih besar faedahnya, sebagaiman sabda Rasulullah saw. Maksudnya:
" Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat".
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besarnya pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan jalan merangkan".
-( Muttafaq "alaih)

Wassalam.

1 comment:

Hanisham Ab Halim said...

I'allah.. sama-sama kita tambah mengimarah dan memakmurkan masjid...