Tuesday, November 10, 2009

Pasukan Khas SPRM

Pakatan Rakyat mengalu-alukan penubuhan pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani kesalahan rasuah dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat.
Pemimpin PAS, Datuk Husam Musa berkata langkah ini sewajarnya dilakukan lebih awal ekoran prestasi corot SPRM membasmi salahguna kuasa pemerintah.
" Baguslah tapi kerja SPRM ini banyak yang terbengkalai" katanya.
" Pengarah SPRM tidak buat kerja. Kita telah kehilangan RM 4 bilion baru hendak siasat. Itupun setelah disuruh" ujar beliau dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Husam bagaimanapun melahirkan kebimbangan pasukan khas ini dijadikan alat pemerintah UMNO-BN untuk memburu dan menganggu wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Kebimbangan ini dikongsi oleh rakyat umumnya di mana 70 peratus meragui keupayaan SPRM.
" SPRM memilih dan melakukan kerja apabila disuruh" katanya.

2 comments:

Cikgu Jang .. said...

masaelahnya mengkala berkait dgn bab org2 kat atas sane tu....sprm pun takut.....

abu muaz said...

elok benar SPRM siasat duit tok guru MB kelantan ambik duit kat mana pergi mekah. Siasat , siasatlah tunggu apa lagi! Potonglaaa....