Saturday, November 14, 2009

Pengetua Politeknik Permatang Pauh ditukar

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman
telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri
Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.
Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh
didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.
Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.
Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan
pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.
Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan
Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr
Haji Abdul Rahman Abbas.
Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan
menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan
program yang pernah dibuat.
Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu
pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan.
Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah
berusaha menukar beliau.
1

No comments: