Wednesday, November 19, 2008
Kisah Lucu
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... 'ya, itulah isteriku...'
Pari Pari pun marah, 'Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak'.
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, 'Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...'. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua'.
DIALOG DUA HANTU YANG SENGAL
Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang
kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni
tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu
A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku
mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab
heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye?
Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan
family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase
aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak
nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu
tiga ngan aku. So this one day, aku
ingat nak perangkap la isteri aku..Aku
pura-pura gi keje tapi actually aku
park keta aku kat simpang hujung umah
aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku
rilex dulu sebab nak carik mase sesuai
tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?"
tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat
dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut
laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So
aku pun lari-lari sekeliling umah aku
nak carik jantan tuh. Abis sume bilik
aku carik tapi takde pun.. Last-last,
sebab aku penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan
sebab heart attack. And aku tak sangka
aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita
Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti
sejuk? Kalau kau check kat situ, sure
kita berdua still hidup lagi
Tempoh diskaun bukti BN tidak ikhlas bantu rakyat
| Saidah Hairan (Wartawan Harakahdaily) Wed | Nov 19, 08 | 11:44:45 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengahmalam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, jika kerajaan BN mahu mengurangkan bebanan rakyat dengan bayaran tol mengapa ditetapkan pada waktu tengah malam sedangkan pengguna lebuhraya banyak di waktu siang. Beliau menegaskan jika pemberian diskaun diberikan pada waktu malam ada beberapa andaian iaitu kerajaan menggalakkan rakyat untuk keluar malam hingga pagi. Satu sudut lain pula katanya, kerajaan tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat. "Kita sokong penurunan tol tersebut tetapi kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu," tegasnya. Menurut beliau, waktu tengah malam biasanya hanya lori besar dan bas ekspress dan pemotongan diskaun itu hanya dapat dinikmati oleh pihak tertentu sahaja. Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan kerana ketika menaikkan tol tidak ditentukan masa tetapi apabila penurunan tol kenapa mesti tertakluk pada masa. Sementara itu Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya. Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa. "Sebab tempoh 12 tengahmalam hingga 7 pagi penggunaan lebuh raya terhad hanya kenderaan berat manakala pengguna awam kurang," tegasnya. Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol. Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat. Sementara itu Naib Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz setuju dengan pemotongan tol tersebut tetapi hanya segelintir rakyat saja yang dapat manfaatnya. Ini kerana katanya, masa yang dihadkan itu menggambarkan seolah-olah pemberian kerajaan BN tidak ikhlas. "Jika hendak ringankan bebankan rakyat, berilah masa yang ramai orang menggunakan lebuh raya iaitu waktu pagi hingga malam," katanya. Beliau berkata jika waktu tengahmalam itu waktu orang tidur bukan untuk berjalan sebagaimana yang dituntut dalam Islam. "Kita tidak menafikan ada faedah tetapi ia tidak sempurna kerana tidak semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut," tegasnya. |
Razak: Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya
| Razak: Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya |
| Jimadie Shah Othman | Nov 20, 08 10:37am |
| Bekas penganalisa Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak. Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah. "Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya. |
Mencerca Najib Melalui Blog
Kini giliran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula merasainya. Beliau digambarkan sebagai ‘pembunuh’.Bezanya, Dr Mahathir diserang bersaorangan dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak-anak tidak terheret sama.
Tetapi kali ini, serangan terhadap Najib turut ditumpukan kepada isterinya, Puan Seri Rosmah Mansor. Malah anak-anak mereka berdua diheret sama.
Itulah cabarannya kepada seseorang yang mahu menjadi ‘orang paling berkuasa’ di Malaysia.
Hakikatnya Najib belum berkuasa, baru menang jawatan Presiden UMNO. Dia masih Timbalan Perdana Menteri.
Apapun, serangan seperti ini bukan baru tetapi telah dimulakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 lagi. Ia diperkuatkan lagi ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.
Kempen ‘Selamatkan UMNO’ yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menjadikan serangan ‘peribadi’ untuk ‘membunuh imej Najib’ dijalankan secara terancang.
Mereka melakukannya melalui ‘selamatkanumno.blogspot.com’. Blog ini turut melancarkan
undian bertemakan: “Layakkah ‘Pembunuh’ Memimpin UMNO dan Malaysia’?Sudah pastilah kerana laman ini anti-Najib, ramai yang mengundi menyokong ‘Ya’.
Antara perkataan yang diutarakan ialah “Sekarang tiba masanya untuk umno diselamatkan. Parti Melayu yang terunggul ini sedang dalam bahaya. Bakal dipimpin oleh pemusnah bangsa. Selamatkan Umno. Selamatkan Malaysia.”
Selain itu apa kata mereka melalui “Kempen Selamatkan UMNO secara besar-besaran?”
1. Posting pertama pada 6 November2008 lalu menyebut: “ Kempen untuk menyelamatkan UMNO telah bermula secara besar-besaran. Ahli-ahli UMNO yang cintakan parti dan rakyat Malaysia yang cintakan negara diminta untuk bersama. Beritahu kepada adik, kakak, abang, bapa, ibu, saudara-mara dan teman-teman tentang bahaya jika Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara.Kita tidak mahu seorang "pembunuh" yang mempunyai banyak skandal untuk memimpin negara.UMNO dan Malaysia akan hancur jika kekuasaan jatuh ketangan Najib. Kita masih mempunyai masa yang cukup untuk mendesak agar Pak Lah untuk terus memimpin Malaysia. Demokrasi dalam UMNO telah dibeli oleh Najib dan kerana itulah dia menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO. Hanya ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan parti yang kita cintai dan negara yang telah berdiri selama 51 tahun ini. - Selamatkan UMNO!
2. Posting kedua pada 7 November 2008 pula berkata: “Kempen ini tidak akan berhenti dan akan diteruskan sehinggalah UMNO dan rakyat Malaysia dapat diselamatkan daripada diperintah oleh pembunuh yang bernama Dato' Seri Najib Tun Razak. Sertai kami. Anda boleh mencetak sendiri banner, bunting, poster dan risalah untuk memberitahu ahli-ahli UMNO yang lain serta rakyat Malaysia tentang siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri kita. “ – Selamatkan UMNO!Timbul juga persoalan apakah ‘blogers pro KJ’ (Khairy Jamaluddin) terbabit dengan pengendalian blog selamatkanumno.blogspot,com ini?
Kumpulan yang ‘pro KJ’, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan setelah meneliti blog berkenaan, mereka merumuskan blog ini sebenarnya bagaikan melastik dua ekor burung dengan sebiji batu.
Kata mereka: “Kami adalah penyokong setia DS Najib Tun Razak, dan kami tidaklah meminta agar laman web kami di iktirafkan oleh DS Najib. Kami juga tidak akan menikam Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dari belakang.”
Jika diamati, blog ini cuba melagakan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan memaparkan link-link laman yang pro kepada Khairy Jamaluddin secara tidak langsung. Laman ini telah memaparkan link kepada SUARA SUKJ, www.prokhairy.com, Kulit Pisang, Pejuang Bangsa, Pemuda Berani dan yang menariknya dikaitkan juga dengan blog jejak Azalina.
Blog sebegini sememangnya pernah lahir disaat pertandingan atau pilihanraya untuk menjatuhkan kredibiliti dan untuk melaga-lagakan dan menimbul rasa sangsi kepada kumpulan bloggers lawan, ini permainan biasa, umpamanya, bloggers yang sama juga pernah membina blog Azalinalesbian dan menggunakan bloggers rocky untuk menyebarkan blog berkenaan.
Tujuan mengapa blog itu lahir sebenanya jelas. Semua ini telah dijejaki oleh orang-orang Azalina
tetapi kerana mereka bersikap matang dan mahu menjaga setiakawan, mereka hanya mendiamkan diri sahaja walaupun mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang melahirkan blog berkenaan.Sama juga seperti blog selamatkanumno ini, tujuan mereka adalah untuk melagakan orang-orang Najib dan orang-orang Khairy Jamaluddin.”
Persoalannya, kini ada pihak sanggup ‘bermain kotor’ seperti ini hanya kerana kecewa Najib terpilih untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Monday, November 17, 2008
Nujum Pak Belalang
Peh! 3 bijik dari Ahli Nujum Negara. Takpe, untuk kuatkan semangat ...
Takpelah, tak akan asyik kenakan orang. Sesekali kena menerima pula. Husin nak guna buat air. Berikut Nujum Pak Belalang dari Azuan Bin Rusly
Soalan 1Eh eh eh ... Raja Masai ini macam hamba kenal. Dia ni menantu Sultan Abdullah atau anak jin atas pokok. Ahli Nujum Negara tu terang-terang serupa macam yang beli Bank di Tanah Seberang dengan harga mahal. Soalan bocor ...
Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2
Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'
Soalan 3
Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'
Raja Masai: 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'
Raja Masai: 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra
Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara: '........... ISA !!!..'
Yang tukang tulis teka teki dapat ide dari si cucu hindu kutip botol. Itu pasal belalang dia ISA. Salah kau, Ane. Kau tak guna belalang, tapi pakai kunyit. Baru power macam Sivaji the Bos. Hehehe ... jangan marah, jangan marah.
Hamba kenalah test power sikit, tapi teguran diterima untuk buat air, air kuat semangat. Janji hamba tak bawak lari Tuan Puteri pergi gua atau pun nak tanam orang.
Kalau pandai kasi ide buat teka teki, mesti pandai penuhi janji dan bukan pandai buat alasan. Wow!
Sepupu bertunang dengan orang Chini Timur
Pada malam sabtu yang lalu ketika penulis berkereta untuk ke Pasaraya Giant,penulis telah menerima panggilan telefon dari bapa saudara yang menyatakan anaknya Mohd Sidqi hendak bertunang dengan orang Chini Timur.Pada pagi ahad (semalam) penulis telah ke Pekan untuk mengikuti rombongan tersebut.Sampai di Pekan jam 9.30 pagi dan rombongan telah berangkat ke Chini Timur jam 10.30 pagi.Tidak susah untuk mencari rumah tersebut kerana penulis semamangnya arif jalan-jalan di Chini lantaran telah lebih kurang 18 tahun duduk di Chini.(1984 hingga 2002).Isteri membuat agakkan yang tepat mengenai bakal tunang sepupu."mesti anak taukeh warung atau kedai makan"katanya mengagak. Hampir tepat bila dalam perjalanan balik penulis diberitahu yang ayah tunang sepupu Pak Saad merupakan taukey kantin sekolah(orang Banjar berasal dari Sekincan Selangor). Sampai ke Kuantan kira-kira jam 3.00 petang.Kalau panjang umur dan tak ada aral melintang pergi lagi untuk pernikahan pula yang dirancang bulan Mac 2009.