Saturday, October 31, 2009

PUSPAKOM

Senangnya mereka menjana harta, syorkan pada kepada kerajaan, kenderaan lebih 15 tahun kita 'pulun' .Kita disembelih lagi..macam dulu-dulu juga..Kata mereka ingin meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Sedapnya bunyinya.

Pok Mat dari Keruak Hulu Besut Terengganu pemilik kereta Toyota KE20 dua pintu, berulang alik ke masjid sesekali ke Jerteh mencari keperluan dengan kelajuan 60kms. Katanya cukai jalan perlu sebab keretanya ke Jerteh, dia tak takut disaman tetapi dia takut duitnya habis membayar saman.

Maka pergilah Pok Mat ke Puspakom Kota Bharu kerana Puspakom Kuala Terengganu lebih jauh. Setelah berpeluh sampai ke keting maka selesailah urusan Pok Mat. Dihitungnya dekat RM100 terbang dengan minyak dan keperluan lain. Itu pun nasib Pok Mat merokok cap topi merah aja. Setelah selesai maka jadilah KE20 Pot Mat tadi lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Itulah kelentong mereka.

Rakyat didahulukan dengan kesusahan. Tentang kenderaan kita dipulas tangan kebelakang, ditutup mata dan ditonyoh lagi. Bab insuran kita yang kena, insuran pihak ketiga berganda-ganda selepas itu puspakom pula.

Satu juta kenderaan Rm40 sudah berapa, tapi laungan mereka semakin deras rakyat didahulukan. Kita terkena aja semacam tak sepadan dengan apa yang kita dapat tapi entahlah apa difikiran mereka.

Kita kena macam dulu-dulu juga, dihulur RM1 dikautnya RM10 tapi yang tak faham-faham dapat RM1 senyumnya ke telinga. Alahai...

TULISAN ASAL:LANIISMA

Wednesday, October 28, 2009

Renungan

Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan, Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju kehadapan. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."





1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- No.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil---wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ---- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres ---banglow.. ..
5) Technician ----supervisor ---- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Haadyai ---Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong



TETAPI...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBERIAN ALLAH...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH

'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah
PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.

Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .



Contohnya:



Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur tinggalkan. ........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila Allah SWT beri kenaikan pangkat
& gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam
lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli
keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat



BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.



Allah SWT beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah SWT juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ....
dengan sebaik mungkin.. Allah SWT hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... .infiniti. ..

Semuga Allah SWT terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'



Telah bersabda Rasullullah S.A.W:



'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'





Sekian untuk ingatan kita bersama.

Jambatan Cap Ayam di era 1 Malaysia

Angkasanuri
Wed | Oct 28, 09 | 10:25:42 am MYT

Menjadi mangsa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Bayarlah pampasan berapa juta sekali pun nyawa manusia tidak boleh ditukar ganti.

Jangan salahkan takdir untuk menutup dosa dan kesalahan manusia. Lihatlah dalam era 1Malaysia satu projek kos meningkat berkali ganda. Buktinya dalam laporan Audit Negara.

Sudahlah kos meningkat berkali ganda sehingga tahap tak masuk akal projek yang dijalankan tak mengikut spefikasi dan melepasi piawai kualiti dan keselamatan.

Maka wujudlah projek cap ayam. Macam mana boleh wujud projek cap ayam. Salah satunya bila berlambak projek 'mee segera'.

Tak perlu ambil contoh jauh-jauh...surau di taman perumahan saya baru setahun dah retak sini sana..Kos menurap laman surau dari kos asal tak sampai RM 10 ribu meningkat hingga RM 21 ribu...Rakyat didahulukan le katakan.

Lepas ini kita tunggu mana lagi bangunan dan projek yang akan menyembah bumi dan meragut nyawa.

Kepada semua berhati-hati bila berada dalam bangunan atau berhampiran projek cap ayam...Anda mungkin mangsa seterusnya. _

Tuesday, October 20, 2009

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Ahmad Lutfi Othman
Mon | Oct 19, 09 | 6:17:56 pm MYT

AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah - kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu - jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.



Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk 'menggula-gulakan' rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!

Rasuah yang dimaksudkan bukan sekadar politik wang atau membeli undi semasa pemilihan kepimpinan Umno, seperti yang dihebohkan pemimpin parti berkenaan. Ia meliputi gerak kerja lebih meluas, khususnya dalam setiap kali kempen pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Hal ini jarang, atau lebih tepat, tidak pernah dibangkitkan pemimpin dan ahli Umno. Yang sering didebatkan hanyalah politik wang semasa memilih barisan kepimpinan parti.

Dana politik

Sedangkan amalan rasuah semasa pilihan raya, seperti ditunjukkan di Bagan Pinang dan mana-mana jua pilihana raya sebelum ini, adalah lebih serius, kotor dan memberikan kesan cukup buruk kepada negara.

Kos projek meningkat berkali ganda bagi menampung "dana politik", malah kualiti diabaikan untuk menjimatkan perbelanjaan. Natijahnya, banyak bangunan runtuh di sana-sini!

Melalui perhimpunan agungnya baru-baru ini, perlembagaan Umno dipinda bagi membolehkan lebih ramai perwakilan akar umbi dapat menentukan barisan kepimpinan parti, kononnya dengan itu meminimumkan amalan rasuah yang sudahpun membarah.

Umno-BN yang hampir tumbang dan hilang kuasa dalam pilihan raya ke-12 seolah-olah nampak serik dan bersedia mengambil tindakan drastik bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya.

Memang kepada Umno, kuasa adalah segala-galanya. Tanpa bergayut dengan kuasa, Umno sudah lama rebah. Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan apa gunanya menjadi pemimpin kepada parti yang tidak berkuasa lagi.

Jatuhnya Umno di Selangor, Perak dan Kedah (juga Pulau Pinang) pada 8 Mac 2008 cukup memeritkan. Apa juga usaha, termasuk taktik jahat, direncanakan bagi merampas semula negeri-negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Bertubi-tubi dilancarkan serangan.

Akhirnya Perak dapat direbut semula, Kedah pula digoncang hebat dan Selangor tidak henti-henti digugat. Siapa percaya tiga Adun Pakatan di Perak dan seorang di Kedah mengkhianati perjuangan tanpa sebarang sogokan atau rasuah?

Aneh,parti yang cakap berdegar-degar mahu membanteras rasuah secara sedar dan proaktif membelit dan menyelimuti diri mereka dengan korupsi dan salahguna kuasa.

Ajar cukup-cukup

Umno sebenarnya belum "diajar cukup-cukup" sehingga lumpuh tempat pergantungan dengan sumberkuasa dan punca ekonomi. Pada pilihan raya 1999, Umno mendapat tamparan cukup dahsyat. Pengundi Melayu secara terbuka mempamerkan aksi protes, didahului siri demonstrasi disekitar Kuala Lumpur.

Namun, Umno masih berkuku di luar Kelantan dan Terengganu serta terus ghairah membolot khazanah kekayaan negara. Pelbagai langkah perubahan dilakukan.

Bagaimanapun, apabila menang besar pada 2004, belang Umno muncul kembali, malah ia menjadi lebih angkuh, sombong dan lupa diri.

Tsunami politik Mac 2008 memang memedihkan Umno-BN. Lima negeri hilang, antaranya negeri paling maju. Majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur awal. Perubahan menjadi istilah popular di zaman Najib. Akta-akta menekan dan mengongkong seperti ISA pun khabarnya mahu dipinda.

Umno berhasrat untuk dilihat dekat dengan nurani dan degup jantung rakyat. Semuanya - hanya dengan satu tujuan - untuk mengembalikan sokongan yang telah hilang.

Berdepan masyarakat bukan Melayu, Umno bagai tidak percaya lagi dengan MIC dan MCA, ia mahu berbicara langsung dengan mereka, tanpa melalui parti-parti komponen itu.

Di Bagan Pinang Umno mendapat suntikan semangat baru. Walaupun ia hanya mempertahankan kerusi tradisi - bukan merampas kubu lawan, seperti dilakukan PAS di Kuala Terengganu - namun sudah cukup untuknya berpesta.

Najib Razak sendiri akui kemenangan Isa Samad itu menceriakan suasana perhimpunan Umno dan memudahkan pindaan perlembagaan diluluskan. Mungkin bagi Najib, pengundi masih boleh dikelirukan dengan satu dua azimat palsu.

Perasuah disanjung

Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.

"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.

Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?

Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.

Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.

Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

Sunday, October 18, 2009

Melawat Rumah Baru Ija dan Shuhaimi

pintu depan
bahagian dapur
lagi bahagian dapur
sudut belakang
diri sisi
Bahagian hadapan

tangki air yang cukup gagah

lagi gambar tangki air.Harganya saja RM24,000.00 .Nak pelan call Ija dan Mi

ruang tamu

koleksi lampu dan kipas

Pandangan hadapan.

Petang semalam selepas pergi kenduri rumah Tn Hj Ramli di Taman Ukhwah saya dan isteri serta 3 orang anak telah ke Kertih,Terengganu untuk melawat rumah Ija dan Mi.Rumah ni dan tanah bernilai RM 200,000 lebih.siap setelah setahun setengah pembinaannya.

Cerita Lucu

Diakhir ucapan penangguhannya petang tadi, Najib begitu ceria dan bersemangat menceritakan kepada ramai tentang suatu peristiwa malam bersama Datuk Ishak; dimana mereka telah dikejutkan oleh satu dentuman sebutir bom .

Najib dengan megahnya memaklumkan beliau telah memeriksa sendiri ‘telog’nya dan didapati masih tetap ada ditempatnya! Bukan main seronok para perwakilan bila mengetahui rupa-rupanya selama ini Najib memang ada ‘telog’..Mereka sangka selama ini Rosmah yang tolong simpankan!

Saya pun seronok juga bila dapat tahu Najib masih ada ‘telog’.Najib memberitahu bahawa natijah daripada cerita tersebut ialah, hendak menjadi pemimpin, seseorang itu mestilah berani!

Tatkala Najib mengatakan demikian, para perwakilan lelaki, masing-masing segera memeriksa anunya sendiri .Bila mereka mendapati anu mereka masih ada, bukan main seronok mereka semua. Sebab itu kita boleh lihat bagaimana gegak gempitanya mereka semua ! Kah! Kah! Kah! Ada 'telog' boleh jadi pemimpin! Itu kata Najib!~

Yang nak tergelak tu, Hamidah Osman, wakil rakyat Sungai Rapat itu pun ikut sibuk mencari ‘telog’ lalu mengadu kat Zambry : “Datuk ada telog lebih ke? Saya nak!”

“Aku mana ada ‘telog’!” Jawab Zambry berbisik. “ Kalau aku ada ‘telog’ tentu aku bubarkan DUN Perak ini!” katanya lagi.Kah! Kah! Kah!

Walau bagaimana pun, rakyat Satu Malaysia kurang yakin dengan dakwaan Najib itu.Benarkah Najib masih ada ‘telog’ setelah terlibat dengan letupan misteri C4 ?


Dipetik dari blog:- http://alhusseyn51. blogspot. com/

Saturday, October 17, 2009

Kisah Burung Pipit

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"
Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.
Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas.

Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.
Seorang polis menanyainya,

"Apa yang terjadi?"
"Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"

Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

Moralnya: Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ha..ha..ha...

Isa: Burung Najib macam-mana pula...? Tak kena patah ke...? Atau nak kena letup..?

Sumber:-http://pr-vs-bn.blogspot.com/2009/10/nizar-burung-pipit-kena-letup.html

Penamaan Calon PRK Bagan Pinang 2009

























Gambar Keluargaku Di Hari Raya 2009




Gambar Perkahwinan Anak Ustaz Rashid