Sunday, December 20, 2009

Puasa 10 Muharam

Semoga kita diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada 10 Muharam (yang jatuh pada Ahad, 27 Disember ini). Ini kerana besar fadhilatnya, banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharam, antaranya:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Tuesday, December 15, 2009

Boikot

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

"PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.

"Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat," katanya.

PAS, katanya, berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.

Saturday, December 12, 2009

Zunar: Kami tetap teruskan walaupun pada kertas tandas


Lim Hong Siang | Dec 09, 2009 12:15:02 pm

"Saya akan nyatakan, sekiranya, akhirnya kami terpaksa buat dalam toilet tissue, lukis atas kertas toilet pun kerana disekat, itu pun kita akan jalankan... kerana kita harus perjuangkan benda ni."

Demikianlah ketegasan Ketua Editor majalah Gedung Kartun (GK), Zunar ketika mengumumkan penerbitan GK kedua dalam format baru, untuk mengelakkan "pergaduhan dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri)" dari segi undang-undang, pagi ini.

"Kami tetap akan buat," tegas Zunar. Majalah Jenaka Alternatif,Gedung Kartun mencetus kontroversi apabila terbitan pertamanya muncul di pasaran pada Ogos tahun ini. Pegawai KDN telah menyerbu pejabat penerbitnya pada 25 Ogos, dan kilang pencetaknya pada hari keesokan.

Zunar berkata, "rintangan-rintangan ini tidak akan menggagalkan kami. Kartunis-kartunis yang berbaris di belakang saya pada hari ini adalah kartunis-kartunis yang telah faham risiko dan tegas dengan pendirian ini."

"Walaupun kita hanya ada empat, lima orang saja, tetapi mereka adalah lebih baik... mereka adalah kumpulan yang berkualiti kerana kita tegas dengan pendirian ini, dan kita faham risikonya, dan kita faham ini part of perjuangan sebagai satu trend kartun yang tidak pernah dihasilkan kartunis lain di Malaysia sebelum ini," ujarnya.

GK II : Perak Darul Kartun

Sebermulanya sidang media pada hari ini, Zunar berkata, "GK ini telah menjadi kontroversi, dan kami pun belum mendapat satu kata putus dari KDN tentang lesen. Kita tidak tahu...untuk terus terang, kita pun tidak mengharapkan lesen itu akan diberi kerana kontroversi ini."

"Kerana itu, kami terpaksa keluarkan GK ini kerana kami begitu percaya content (kandungan) macam inilah yang betul-betul menjadi pendirian kami sebagai kartunis," jelasnya ketika mengumumkan penerbitan GK II dalam bentuk buku yang hanya memerlukan ISBN, dan bukannya permit seperti syarat yang dikenakan pada majalah.

"Kenapa kami memilih buku? Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya. Perak Darul Kartun mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding GK) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah," Jelasnya.

Beliau menyambung, "cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui websitecartoonkafe.com."

Lawan KDN: Perkara yang terlalu kecil

Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque (gambar kiri) pernah dipanggil oleh pihak KDN untuk disoal siat setelah serbuan dan rampasan majalahnya oleh pihak KDN. Malah, semasa disoal siasat, Zunar dimaklumkan bahawa dirinya mungkin didakwa di mahkamah lantaran penerbitan majalah tersebut.

Walaupun tiada perkembangan baru menyusul selepas itu, namun serbuan tersebut secara tidak langsung telah menjadi publisiti untuk majalah ini, apabila syarikat penerbitnya Sepakat Efektif terpaksa membuat terbitan kedua sebanyak 5,000 naskah, selepas terbitan pertama 10,000 naskah.

Kali ini, kumpulan kartunis GK tidak ingin terheret dalam konfrontasi terhadap KDN, memandangkan pegawai pentadbirnya hanya menjalankan arahan dari "orang atas". Zunar menyifatkan bahawa "lawan KDN" itu perkara yang terlalu kecil untuk mereka.

"Matlamat kami untuk menerbit..."

Sementara menunggu permit untuk GK, pejabat Zunar juga memohon permit majalah yang lain. Zunar menjelaskan bahawa pemohonan ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa "permit diminta tetapi tidak diberi", biarpun alasan penolakan itu tidak akan dimaklumkan. Keadaan ini berbeza jikalau dibandingkan dengan negara lain, misalnya Indonesia yang hanya memerlukan penerbit untuk sekadar memaklumkan penerbitan bahan bacaan, bahkan pencetak bahan tersebut tidak memikul apa-apa tanggungjawab.

Sebagai Ketua Editor, Zunar menjelaskan bahawa penyambungan penerbitan GK dalam bentuk buku membuktikan pihaknya tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat mereka.

"Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis," katanya.

"Kami percaya, kartunis bukan sahaja berperanan mengetengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggungjawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik," katanya.

Zunar menyambung, "kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Untuk saya, negara kita sedang menghadapi krisis, setidak-tidaknya krisis moral dan krisis keyakinan orang ramai terhadap pemerintah. Siri-siri, episod-episod yang berlaku, krisis kehakiman, krisis ekonomi, rasuah, SPRM, pembunuhan Teoh Beng Hock dan sebagainya, adalah krisis."

"Jadi, kartunis tidak boleh berdiam diri dan berkecuali. Kerana berkecuali, ertinya kita memihak kepada orang yang melakukan kezaliman. Berkecuali itu tidak bermakna tidak memihak," jelasnya.

Beliau bersambung,"...pendirian kami tegas. Kita tidak boleh berkecuali. Kita mesti menyatakan pendirian dan pendirian untuk membela orang-orang yang dizalimi, dan menyatakan mana yang benar dan mana yang salah."

Friday, December 11, 2009

Kos RM3 sehari untuk ibu bapa pendapatan lebih RM5,000 sebulan


RAKYAT DIDAHULUKAN....................

Yuran makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan.

Kenaikan 200 peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.


Ia sebahagian daripada strategi dan langkah penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999 sebulan ke bawah kekal RM1 sehari.

"Murid di asrama sekolah pendidikan khas kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari.

"Asrama murid Orang Asli, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan di laman web Kementerian Pelajaran semalam.

Alimuddin berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Menteri Pelajaran dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

"Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan.

"Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari," katanya.

Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk mana-mana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.

Berita Harian,12.12.2009

Thursday, December 10, 2009

UMNO BN BERCUACA MENDUNG

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Krisis yang berpanjangan tanpa kesudahan yang dihadapi oleh parti-parti utama komponan BN seperti MCA, MIC, PPP dan beberapa parti yang lain. Ianya bagai tangga dan jalan tunjuk yang jelas untuk BN menuju jurang pupus sebagaimana pati lama LDP yang berkuasa di Jepun baru-baru ini menjadi aruah di tolak rakyat. Kalau sekiranya doktor pakar, bomoh dan dukun lokal dan global gagal menemui formula berhubung kait punca pangkal bermulanya penyakit, penyebab membawa kepada perpecahan dan penawar jampi serapahnya gagal. Pasti UM no BN akan rebah, kalau silap ditangani dan merawatnya.

Tidak terdapat aras tunjuk yang kukuh sehingga saat ini, baik diufuk barat dan timur satu cahaya yang memancar untuk menyinari kembali tubuh badan MCA dan PPP untuk kembali normal dan sifar permusohan melainkan tegang dan cekang permusuhan. Pertelingkahan memperkukuhkan kedudukkan diri dikalangan mereka telah menjalar menjadi virus H1N1. Pertempuran mereka bukan kerana perjuangan untuk kepentingan rakyat, tetapi kerana untuk merealisasi pundi perut usus mereka sahaja. Kesannya kepada kementerian yang mereka di amanahkan tidak dapat berfungsi dengan lancar. Semuanya memberi kesan ganguan kelancaran, perjalanan merealisasikan aspirasi amanah rakyat.

Sedikit sebanyak taji, susuh dan taring mereka sebagai menteri dan timbalan menteri digunakan dengan sewenang-wenangnya. Setidak-tidaknya ramai pegawai kerajaan yang sewajarnya menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran kerajaan terpaksa berkiblat kerja mengabdi, menjadi pecacai menteri/timbalan menteri. Di kalangan pegawai di bawah bumbung pejabat menteri/ timbalan menteri tersebut, mereka sama-sama subur rasuah dan tak ambil kesah. Jadi mereka beralih kerja dan khidmat dengan bertungkus lumus menggunakan harta negara dan rakyat, kemudahan negara dan rakyat disemua perengkat untuk menteri dan timbalan menteri saja. Semua kepincangan itu buta pandang oleh SPRM. Mashaallah.

Semata-mata digunakan secara rasuah untuk mempertahankan dan melindungi menteri dan timbalan menteri tersebut. Pegawai-pegawai kerajaan tersebut terpaksa menjadi alatperkakas seperti cangkul, sebagai alat untuk menjalankan kerja-kerja. Menangkis, menanggok melindungi politik dan badai menteri, timbalan menteri yang terlibat. Makanya mangsanya adalah wang rakyat dan harta rakyat menjadi mangsa sia-sia. Apapila rasuah yang menentukan mereka menjadi Adun atau Ahli Parlimen atau melalui sisek angin mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri. Maka fenomina menjana rasuah itu terus subur apabila mereka mempunyai kuasa ditangan dan amat berkuasa pula, kadang-kadang berpuaka macam saka purba.

Justeru segala kemudahan kerajaan (kemudahan rakyat negara) dijadikan tunggangan seperti sapi dan kaldai. Mempertahankan diri menteri dan timbalan menteri lebeh dari itu jawatan menterilah madatori untuk mereka mendapatkan menghimpun sokongan. Maka RTM dan TV supermarket digunakan untuk menepis dan menangkis, mempertahankan sesaorang menteri rasuah untuk mulanya. Kalau tidak mampu baru pula kita telanjang dan londeh. Itulah falsafah BN dalam mengendali dan menangani sesuatu issu, kini, dulu dan selama-lamanya rasuah dan akhlak buruk dikalangan mereka. Baik dari UM no, MCA, MIC, PPP, Gerakan dan sebagainya.

Pokok dan pangkalnya adalah perbalahan, pertelingkahan, macam peperangan semata-semata kerana merebut jawatan utama yang menjanjikan kedudukkan dalam mendapat tempat kerajaan BN seperti menteri, timbalan menteri dan lain-lain jawatan gergasi dikejari. Dengan perasaan tersemat didalam hanyalah aku “Aku lebeh layak dari hang (anda) untuk menjadi ketua memimpin”. Disebalik untuk menjadi ketua sudah pastilah banyak dan sedikit jenis-jenis rasuah yang popular diamalkan dalam koponan parti-parti BN, baik UM no dan parti-parti di Sabah dan Serawak. Ianya kebal dari tindak tengok SPRM dan memang lepas pandang bertindak hakiki seperti KM Melaka, Ketua BBBN di Parlimen dan Menteri Pengangkutan sekarang.

Mereka cukup kebal macam kebal sepanjang “Tembok Besar Negeri Cina”. Tidaklah macam setiausaha politik kepada Exco kerajaan PR Selangor disiasat sampai kojol di pejabat SPRM sendiri, betapa didekasinya, mangkar dan efesyen SPRM serius bermaharajalela menghadapi PR tidak kepada BN. Ini adalah hakikat bukan kain pelikat dilipat menyimpan rahsia makripat UM no BN. SPRM komponan tidak resmi menyimpani simpan erat-erat jangan rahsia keluar melarat memudharat dan menjerat. Macam bersungguhnya menyiasat sampai mati kepada mendiang M. Kugan tetapi macam pondan Chow Kit Road, macam sepah bulan dan kekura menyiasat banyak kes melibatkan pemimpin negara utama dari UM no, MCA, MIC dan pemimpin parti komponan BN di Sabah dan Sarawak.

Mengiringi gejala busuk dan cabok diatas, makan SPR, PDRM, SPRM, KPN, Mahkamah dan Peguam Negara bersekutu, menari SATU Malaysia menurut tingkah dan kerapak gendang. Mereka menari canggung, zapin, ronggeng dan kungfu serta bersilat lincah. Maka untuk mengatasi kemelut, shit yang sepanjang usus itu (seperti keyataan Tun Dr Mahathir) dalam kelambu UM no, MCA, PPP, MIC dan lain-lain. Maka peranan nujum dan dukun dikalangan SPR, PDRM, SPRM, KPN, Mahkamah dan Peguam Negara. Mereka semua berperanan medan depan menjadi team penyerang yang robos kesasaran goalnya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan semuanya negeri di perentah kerajaan PR. Kesepaduan mereka dianjakkan setelah mereka berjaya merampas dan menubuhkan kerajaan kudeta/kerajaan haram UM no BN di Perak Darul Redzuan dengan hamparan carpet kuning merah.

Semua agenda yang ditaja UM no di Selangor dengan mengusung, memijak kepala lembu berhubung dengan pemindahan pembinaan kuil di Shah Alam. Peristiwa Kampong Buah Pala di Balik Pulau, Pulau Pinang yang UM no menjadi kepalanya juga teperlau bonus sokongan. UM no mendapat sokongan dengan isu yang dicipta di tolak rakyat, kecuali pesilat upahan dan penyokong pekak buta dan bisu mengenali diantara benar dan dusta dalam satu-satu penentangan. Dua kes ini ini keciwa berganda selepas kandas issu rasuah keatas mantan TKM1 dahulu. Berakhir UM no tersungkur kekubur melalui kroni-kroninya yang bertanding dalam PRK Penanti.

Fenomina tegang, kerajaan SATU Malaysia ini, berdepan cekang dari dalam yang tegangnya meningkat pasti ia akan putus. Cekang dalam yang terlalu tegang satu Timbalan Menteri - Timbalan Menteri Pelancongan telah sah bukan lagi fitnah meletakkan jawatan. YB Datuk Suleiman anak ke 3 kepada Ketua Menteri paling usang yang berkhidmat untuk negeri Sarawak. TS Taib Mahmud adalah penjawat tertinggi mengetuai sebuah kerajaan negeri cukup lama memintas tempoh perkhidmatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dalam cuaca politik yang muram, disusuli tekanan menjunam ekonomi negara diatas bijaksana PM6 DS Naib merangkap Menteri Kewangan, silap-silap perkiraan negara akan papa.

Kini, PM6 dan TPM Najib dan Mahyuddin tidak berani dan tidak mempunyai dan memiliki kekuatan politik sebagai Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN. Apa-apa yang berlaku di Sabah dan di Sarawak dua negeri simpanan tetap untuk UM no dan BN itu, Najib dan Mohiyaddin menikus keturi menghadapi. Tegor mati mak, senyum mati mak bertindak mati bini. Tegor, senyum dan bertindak ianya akan menjadi lebeh pantas UM no BN menemui tali hayat. Justeru pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak yang mengekang negeri dan politik negeri, ianya tidak makan saman dan terpakasa PDRM, SPRM dan SPR lepas pandangan. Bertindak bererti kesannya UM no BN menghadapi kemusnahan kuasa.

Sebab itulah Sabah dan Sarawak la ni mendapat perhatian macam menatang minyak atar yang melimpah, sampaikan tidak lagi mempeduli negeri-negeri karat biru UM no dacing. Sebab mampus hidup pun penduduk Johor, Pahang, N9, Melaka aka mati bersama-sama UM no dan BN. Setiakawan seperti itu walau pun kini negeri UM no BN dianak tirikan oleh PM6 Satu Malaysia Najib sesiapa tak mampu angkat kepala. Kerana alasan semasa, kalau kita tak beri perhatian yang besar kepada Sabah dan Serawak, bererti kita sendiri kurbankan UM no dan kurbankan BN menjadi kerajaan pusat. Yang mana kita mau? Hialng terus kerajaan lemah yang ada atau berkubur? Sama-samalah berfikir!!!!!!!!!!!!!!!!!

DIPETIK DARI BLOG:http://kedahlanie.blogspot.com

Siap 6.45 Petang: 9 Disember 2009-12-09

Friday, December 4, 2009

GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan

" USAH POLITIKKAN GST : NAJIB – berita hairan

Pelaksanaan cukai perkhidmatan, barang atasi kejatuhan perolehan.

Datuk Seri Najib Razak meminta semua rakyat supaya tidak mempolitikkan langkah kerajaan melaksanakan cukai perkhidmatan dan barangan (GST).

Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan GST bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan negara dan mengatasi kejatuhan perolehan cukai yang dipengaruhi kekurangan rizab minyak.

GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan

PADA 29 November, Bernama memetik Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah sebagai berkata kerajaan telah menjalankan kajian yang “agak lama dan komprehensif” mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Saya tidak berhasrat berbahas mengenai semantik dengannya, tetapi saya rasa kurang selesa apabila dia berkata kajian itu “agak lama dan komprehensif.”

Mengapa agak lama dan agak menyeluruh? Mengapa tidak lama dan menyeluruh? Bagi cadangan yang sangat penting macam GST ini, kerajaan tidak boleh main agak-agak.

Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang Ahmad Husni janjikan.

Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.

Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.

Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.

Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

Bagaimanapun, menjelang tarikh itu Pentadbiran Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

Bercakap kepada pemberita di Gopeng, Ahmad Husni berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ini bermakna GST menjadi pilihan kerana ia adalah sistem percukaian yang paling luas asasnya dan paling produktif. Ahmad Husni berkata kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Pada 21 November, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan yang rang undang-undang berhubung GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat sekarang.

Cara pemerintah dan media massa kawalannya menghebah dan memperjelaskan GST akan menentukan penerimaan atau penolakan rakyat jelata terhadapnya. Ini sangat relevan kepada Barisan Nasional kerana pelaksanaan cukai baru itu hampir dengan pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ahmad Husni, GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan. Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September, 2011.

Logiknya kadar GST lebih rendah daripada kadar Cukai Jualan (5-15 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (lima peratus). Di negara jiran Singapura kadar GST adalah tujuh peratus manakala Negeri Thai dan Indonesia 10 peratus. Ada ramalan mengatakan kadar yang akan dikenakan di Malaysia lebih rendah daripada itu – di sekitar lima peratus.

Seperti yang pernah dihujahkan oleh ketua bahagian percukaian tidak langsung firma perakaunan KPMG, Philppe Norre, cukai GST perlu dirangka dengan sebegitu rupa agar berkesan dan di masa yang sama tidak menyusahkan pembayar cukai.

Beliau berkata hanya bahan makanan asas dan perkhidmatan seperti kesihatan, perubatan dan pendidikan perlu dikenakan cukai paling rendah. Satu struktur yang mudah dengan hanya satu atau dua kadar adalah lebih berkesan dan berjaya. Tambahnya kebanyakan negara yang mengamalkan GST mengenakan satu kadar sahaja.

Kesimpulannya, pertama, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Itulah sebabnya dalam bahasa ekonomi, kewangan dan fiskal disebut beban cukai (tax burden). Bagi GST ini, beban yang dianggarkan adalah RM1bilion yang berupa penambahan hasil kerajaan.

Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.


TT

Pahala Solat Yang Paling Besar


Hadith :

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”(al-Bukhari)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

CERAMAH PERDANA



DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
( NAIB PRESIDEN PAS PUSAT )

YB DATO' HJ HUSAM MUSA
( EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN )

YB SDR AZAN ISMAIL
( AHLI PARLIMEN INDERA MAHKOTA )

TEMPAT :
PASTI DARUS SA'ADAH
KG RAZALI KUANTAN

TARIKH :
6 DESEMBER 2009 (9.00 MLM)

Thursday, December 3, 2009

Fatine Gentar

Jumaat, 2009 Disember 04

Model, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 tahun, masih belum disebat akibat meminum arak, kini timbul satu lagi kes lebih kontroversi, saya jangka bakal memancing perhatian pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan dunia.


Jurusolek pondan, Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari, 36 tahun, dilaporkan gentar pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan warga Britain, Ian Young, 30 tahun, Mei lalu, mengikut British Civil Partnership Ceremony.

Baca kisah terperinci Fatine di sini.

Fatine kini terpaksa pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visanya andai dia berhasrat terus tinggal bersama ‘suaminya’ di luar negara. Jika pulang, risiko pertama, dia khuatir terpaksa berhadapan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya didakwa menghina agama, bangsa Melayu dan negara berikutan perkahwinan sesama jantina. Risiko kedua, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatannya mungkin akan mengambil tindakan ke atas Fatine kerana tinggal lebih masa di Britain.

Ramai mula bersuara mempersoalkan haknya sebagai individu dalam memilih corak kehidupan diidamkan. Saya yakin, suara terbabit akan bertambah lantang dalam jangka waktu terdekat.

“All we want is to be married, happy and living together,” kata Ian.

Barangkali Ian tidak tahu, Islam tidak membenarkan perkahwinan sesama lelaki.

Kata Fatine, dia berasa kecewa kerana ramai tidak faham, dia berhijrah ke Britain kerana ingin bersama lelaki dicintainya.

Apapun, hemat saya, Jabatan Imigresen mungkin mendakwa Fatine mengikut Akta Imigresen 1957/1963, denda boleh dijelaskan manakala pandangan buruk masyarakat lama-kelamaan akan berkubur.

Persoalannya, Fatine sebagai penganut agama Islam, apa pula tindakan Jabatan Agama Islam? Menarik untuk kita tunggu dan lihat.