Thursday, December 11, 2008

Timbalan Menteri Tolak Sajak Kematian tetapi Tidak Mampu Halang Kematiannya

AlFatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Seingat ana, pada bulan September lalu Allahyarham telah mengeluarkan arahan agar semua guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan soal politik ketika berada dalam kawasan sekolah walaupun pada waktu berehat dikantin. Ramai guru yang tidak puas hati tetapi isu itu tetap berlalu pergi.

Namun yang tak boleh ana lupakan adalah tentang Sajak Kematian yang begitu hangat diperkatakan pada awal bulan ini. Allahyarham merupakan antara orang pertama yang mendedahkan perkara ini dan membuat bantahan awal agar ianya tidak dibenarkan berlaku lagi.

Kuasa Allah menentukan, belum sampai sebulan isu ini berlegar dipikiran rakyat, Allahyarham pergi menemui ajalnya yang telah ditetapkan. Ada yang menganggap ini suatu kebetulan, tetapi ada juga yang menganggap ianya sebagai peringatan dari Allah yang sesungguhnya senantiasa memerhati tingkah laku hambanya.

Kita tidak boleh menolak kematian, tetapi apakah persiapan kita ke arah itu. Allahyarham telah pergi menemui penciptanya, bagaimana dengan kita.

Kita boleh tolak sajak kematian itu, tetapi kita tidak boleh menolak kematian yang dijanjikan Allah! Semoga Allah mengasihani dan menampuni dosa-dosa beliau…..

Maaf, artikel ini bukan untuk menjatuhkan maruah Allahyarham dan keluarga. Kalau itu membuatkan mereka tersinggung ana minta maaf, bagi ana ini hanyalah sekadar satu peringatan buat diri ini dan sahabat-sahabat kerana sesungguhnya, bagi setiap kematian itu ada pengajaran yang perlu kita fikirkan.

“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.” ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

Sajak Kematian Untuk Semua Yang Masih Hidup

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Wednesday, November 19, 2008

Kisah Lucu

Kisah ini boleh dijadikan pedoman supaya kita menjadi saorang yang tidak tamak...


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... 'ya, itulah isteriku...'
Pari Pari pun marah, 'Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak'.
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, 'Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...'. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua'.

DIALOG DUA HANTU YANG SENGAL



Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang
kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni
tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu
A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku
mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab
heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye?
Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan
family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase
aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak
nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu
tiga ngan aku. So this one day, aku
ingat nak perangkap la isteri aku..Aku
pura-pura gi keje tapi actually aku
park keta aku kat simpang hujung umah
aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku
rilex dulu sebab nak carik mase sesuai
tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?"
tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat
dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut
laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So
aku pun lari-lari sekeliling umah aku
nak carik jantan tuh. Abis sume bilik
aku carik tapi takde pun.. Last-last,
sebab aku penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan
sebab heart attack. And aku tak sangka
aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita
Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti
sejuk? Kalau kau check kat situ, sure
kita berdua still hidup lagi

Tempoh diskaun bukti BN tidak ikhlas bantu rakyat

Saidah Hairan (Wartawan Harakahdaily)
Wed | Nov 19, 08 | 11:44:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengahmalam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, jika kerajaan BN mahu mengurangkan bebanan rakyat dengan bayaran tol mengapa ditetapkan pada waktu tengah malam sedangkan pengguna lebuhraya banyak di waktu siang.

Beliau menegaskan jika pemberian diskaun diberikan pada waktu malam ada beberapa andaian iaitu kerajaan menggalakkan rakyat untuk keluar malam hingga pagi.

Satu sudut lain pula katanya, kerajaan tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

"Kita sokong penurunan tol tersebut tetapi kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu," tegasnya.

Menurut beliau, waktu tengah malam biasanya hanya lori besar dan bas ekspress dan pemotongan diskaun itu hanya dapat dinikmati oleh pihak tertentu sahaja.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan kerana ketika menaikkan tol tidak ditentukan masa tetapi apabila penurunan tol kenapa mesti tertakluk pada masa.

Sementara itu Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya.

Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

"Sebab tempoh 12 tengahmalam hingga 7 pagi penggunaan lebuh raya terhad hanya kenderaan berat manakala pengguna awam kurang," tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol.

Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.

Sementara itu Naib Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz setuju dengan pemotongan tol tersebut tetapi hanya segelintir rakyat saja yang dapat manfaatnya.

Ini kerana katanya, masa yang dihadkan itu menggambarkan seolah-olah pemberian kerajaan BN tidak ikhlas.

"Jika hendak ringankan bebankan rakyat, berilah masa yang ramai orang menggunakan lebuh raya iaitu waktu pagi hingga malam," katanya.

Beliau berkata jika waktu tengahmalam itu waktu orang tidur bukan untuk berjalan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

"Kita tidak menafikan ada faedah tetapi ia tidak sempurna kerana tidak semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut," tegasnya.

Razak: Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya

Razak: Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya
Jimadie Shah Othman | Nov 20, 08 10:37am

Bekas penganalisa Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

abdul razak baginda pc 201108 03Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua.

Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada bukti".

Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini".

abdul razak baginda pc 201108 01"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.

"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta
- iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Abdul Razak juga meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang disifatkannya sebagai satu penipuan.

abdul razak baginda pc 201108 02Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana menteri yang baik.

Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau telah diberi layanan yang profesional.

Mengenai perancangannya selepas itu, Abdul Razak berkata beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Oxford.

Mencerca Najib Melalui Blog

Sepuluh tahun dahulu, Tun Dr Mahthir Mohamad terkena penangan ini. Beliau digambarkan dengan pelbagai wajah termasuk Firaun dan Mahazalim.

Kini giliran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula merasainya. Beliau digambarkan sebagai ‘pembunuh’.

Bezanya, Dr Mahathir diserang bersaorangan dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak-anak tidak terheret sama.

Tetapi kali ini, serangan terhadap Najib turut ditumpukan kepada isterinya, Puan Seri Rosmah Mansor. Malah anak-anak mereka berdua diheret sama.

Itulah cabarannya kepada seseorang yang mahu menjadi ‘orang paling berkuasa’ di Malaysia.
Hakikatnya Najib belum berkuasa, baru menang jawatan Presiden UMNO. Dia masih Timbalan Perdana Menteri.

Apapun, serangan seperti ini bukan baru tetapi telah dimulakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 lagi. Ia diperkuatkan lagi ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.

Kempen ‘Selamatkan UMNO’ yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menjadikan serangan ‘peribadi’ untuk ‘membunuh imej Najib’ dijalankan secara terancang.

Mereka melakukannya melalui ‘selamatkanumno.blogspot.com’. Blog ini turut melancarkan undian bertemakan: “Layakkah ‘Pembunuh’ Memimpin UMNO dan Malaysia’?

Sudah pastilah kerana laman ini anti-Najib, ramai yang mengundi menyokong ‘Ya’.

Antara perkataan yang diutarakan ialah “Sekarang tiba masanya untuk umno diselamatkan. Parti Melayu yang terunggul ini sedang dalam bahaya. Bakal dipimpin oleh pemusnah bangsa. Selamatkan Umno. Selamatkan Malaysia.”

Selain itu apa kata mereka melalui “Kempen Selamatkan UMNO secara besar-besaran?”

1. Posting pertama pada 6 November2008 lalu menyebut: “ Kempen untuk menyelamatkan UMNO telah bermula secara besar-besaran. Ahli-ahli UMNO yang cintakan parti dan rakyat Malaysia yang cintakan negara diminta untuk bersama. Beritahu kepada adik, kakak, abang, bapa, ibu, saudara-mara dan teman-teman tentang bahaya jika Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara.Kita tidak mahu seorang "pembunuh" yang mempunyai banyak skandal untuk memimpin negara.

UMNO dan Malaysia akan hancur jika kekuasaan jatuh ketangan Najib. Kita masih mempunyai masa yang cukup untuk mendesak agar Pak Lah untuk terus memimpin Malaysia. Demokrasi dalam UMNO telah dibeli oleh Najib dan kerana itulah dia menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO. Hanya ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan parti yang kita cintai dan negara yang telah berdiri selama 51 tahun ini. - Selamatkan UMNO!

2. Posting kedua pada 7 November 2008 pula berkata: “Kempen ini tidak akan berhenti dan akan diteruskan sehinggalah UMNO dan rakyat Malaysia dapat diselamatkan daripada diperintah oleh pembunuh yang bernama Dato' Seri Najib Tun Razak. Sertai kami. Anda boleh mencetak sendiri banner, bunting, poster dan risalah untuk memberitahu ahli-ahli UMNO yang lain serta rakyat Malaysia tentang siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri kita. “ – Selamatkan UMNO!

Timbul juga persoalan apakah ‘blogers pro KJ’ (Khairy Jamaluddin) terbabit dengan pengendalian blog selamatkanumno.blogspot,com ini?

Kumpulan yang ‘pro KJ’, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan setelah meneliti blog berkenaan, mereka merumuskan blog ini sebenarnya bagaikan melastik dua ekor burung dengan sebiji batu.

Kata mereka: “Kami adalah penyokong setia DS Najib Tun Razak, dan kami tidaklah meminta agar laman web kami di iktirafkan oleh DS Najib. Kami juga tidak akan menikam Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dari belakang.”

Jika diamati, blog ini cuba melagakan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan memaparkan link-link laman yang pro kepada Khairy Jamaluddin secara tidak langsung. Laman ini telah memaparkan link kepada SUARA SUKJ, www.prokhairy.com, Kulit Pisang, Pejuang Bangsa, Pemuda Berani dan yang menariknya dikaitkan juga dengan blog jejak Azalina.

Blog sebegini sememangnya pernah lahir disaat pertandingan atau pilihanraya untuk menjatuhkan kredibiliti dan untuk melaga-lagakan dan menimbul rasa sangsi kepada kumpulan bloggers lawan, ini permainan biasa, umpamanya, bloggers yang sama juga pernah membina blog Azalinalesbian dan menggunakan bloggers rocky untuk menyebarkan blog berkenaan.

Tujuan mengapa blog itu lahir sebenanya jelas. Semua ini telah dijejaki oleh orang-orang Azalina tetapi kerana mereka bersikap matang dan mahu menjaga setiakawan, mereka hanya mendiamkan diri sahaja walaupun mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang melahirkan blog berkenaan.

Sama juga seperti blog selamatkanumno ini, tujuan mereka adalah untuk melagakan orang-orang Najib dan orang-orang Khairy Jamaluddin.”

Persoalannya, kini ada pihak sanggup ‘bermain kotor’ seperti ini hanya kerana kecewa Najib terpilih untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Monday, November 17, 2008

Nujum Pak Belalang


Peh! 3 bijik dari Ahli Nujum Negara. Takpe, untuk kuatkan semangat ...


Takpelah, tak akan asyik kenakan orang. Sesekali kena menerima pula. Husin nak guna buat air. Berikut Nujum Pak Belalang dari Azuan Bin Rusly
Soalan 1
Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2
Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3
Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'

Raja Masai: 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4
Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Raja Masai: 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra

Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara: '........... ISA !!!..'
Eh eh eh ... Raja Masai ini macam hamba kenal. Dia ni menantu Sultan Abdullah atau anak jin atas pokok. Ahli Nujum Negara tu terang-terang serupa macam yang beli Bank di Tanah Seberang dengan harga mahal. Soalan bocor ...

Yang tukang tulis teka teki dapat ide dari si cucu hindu kutip botol. Itu pasal belalang dia ISA. Salah kau, Ane. Kau tak guna belalang, tapi pakai kunyit. Baru power macam Sivaji the Bos. Hehehe ... jangan marah, jangan marah.

Hamba kenalah test power sikit, tapi teguran diterima untuk buat air, air kuat semangat. Janji hamba tak bawak lari Tuan Puteri pergi gua atau pun nak tanam orang.

Kalau pandai kasi ide buat teka teki, mesti pandai penuhi janji dan bukan pandai buat alasan. Wow!

Sepupu bertunang dengan orang Chini Timur















Pada malam sabtu yang lalu ketika penulis berkereta untuk ke Pasaraya Giant,penulis telah menerima panggilan telefon dari bapa saudara yang menyatakan anaknya Mohd Sidqi hendak bertunang dengan orang Chini Timur.Pada pagi ahad (semalam) penulis telah ke Pekan untuk mengikuti rombongan tersebut.Sampai di Pekan jam 9.30 pagi dan rombongan telah berangkat ke Chini Timur jam 10.30 pagi.Tidak susah untuk mencari rumah tersebut kerana penulis semamangnya arif jalan-jalan di Chini lantaran telah lebih kurang 18 tahun duduk di Chini.(1984 hingga 2002).Isteri membuat agakkan yang tepat mengenai bakal tunang sepupu."mesti anak taukeh warung atau kedai makan"katanya mengagak. Hampir tepat bila dalam perjalanan balik penulis diberitahu yang ayah tunang sepupu Pak Saad merupakan taukey kantin sekolah(orang Banjar berasal dari Sekincan Selangor). Sampai ke Kuantan kira-kira jam 3.00 petang.Kalau panjang umur dan tak ada aral melintang pergi lagi untuk pernikahan pula yang dirancang bulan Mac 2009.

Saturday, November 15, 2008

ADUN Tahan

Adun Tahan Bawa Lari Anak Dara Orang

JERANTUT - Satu demi satu keburukan pemimpin Umno terdedah. Terbaru, tersebar salinan laporan polis seorang wanita, Wan Kelesum Wan Mohamad yang mendakwa anak perempuannya Azma Azifazilla binti Azan, 22, telah dilarikan Adun Tahan Dato’ Wan Amizan Abdul Razak, yang baru saja memenangi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut dalam pemilihan baru-baru ini. Laporan tersebut mengatakan, pada 22 Mei 2008 Wan Kelesum telah melihat anak gadisnya itu keluar rumahnya di Felda Sungai Retang, Jerantut dengan membawa pakaiannya. Beliau cuba menghalang tetapi gagal. Pada awal bulan Jun, Wan Kelesum mendakwa, beliau telah dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin lari dengan Wan Amizan sebagai isterinya yang ketiga. Sejak itu Wan Kelesum tidak dibenarkan berjumpa anak gadisnya itu. Difahamkan salinan report polis tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu sebagai satu isu untuk menghalang Wan Amizan daripada memenangi pertandingan dalam Umno Bahagian Jerantut baru-baru ini. Malangnya Wan Amizan telah menang besar dan bergaya dengan majoriti 80 undi menewaskan pencabarnya.

[Puak UMNO memang sudah buta matanya, biarpun mereka tahu pemimpin terbabit terlibat dengan berbagai skandal seks dan rasuah, namun mereka tetap memilihnya untuk diangkat sebagai pemimpin. Wan Amizan dipercayai adalah anak didik TPM Najib Razak. Maka kita tidak hairan beliau terus menang bergaya biarpun akhlaknya tidak seberapa. Ini kerana puak-puak UMNO tidak penting semua itu. Janji, mereka diberikan imbuhan untuk memilih calon terbaik. Semoga dengan ini UMNO akan terus berkarat dan akhirnya mereput dalam masa terdekat ini. UMNO sukar untuk memulihkan imej dikalangan rakyat. Rakyat semakin bijak untuk membuat penilaian kini. Maka yakinlah, dengan sikap puak-puak UMNO ini, ianya akan menjurus kepada kehancuran parti itu nanti].

Thursday, November 13, 2008

Empat Negeri Sokong Rafidah

Empat negeri sokong Rafidah
Abdul Rahim Sabri | Nov 13, 08 6:45pm
Empat negeri - Perlis, Kedah, Selangor dan Kelantan - menyokong peralihan kuasa antara Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009 manakala Melaka menggesa agar peralihan kuasa dipercepatkan.

Semalam media melaporkan Wanita Sabah dan Negeri Sembilan turut menggesa peralihan kuasa dipercepatkan.

rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 06Bahagian Wanita di empat negeri tersebut adalah antara yang terbanyak mencalonkan gandingan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua.

Ketua Wanita Umno Perlis, Datuk Mastika Junaidah Husin menjelaskan Wanita negeri itu sebulat suara menyokong peralihan jawatan dikekalkan pada Jun depan.

"Kami menyokong persetujuan peralihan jawatan (Jun 2009) tersebut sejajar dengan kaedah yang hampir sama dilaksanakan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah satu kebijaksanaan untuk elak perpecahan dan mengukuhkan perpaduan dan integriti Wanita serta meneruskan kesinambungan pemimpin yang membawa wanita Melayu dengan penuh sopan dan berbudaya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, Shahrizat harus berdepan dengan Datuk Kamilia Ibrahim yang tetap dengan pendiriannya untuk bertanding naib ketua.

‘Shahrizat harus yakin'


shahrizat women ministry parliament sexist remark 180507 ponder"Datuk Seri Shahrizat harus yakin untuk bertanding dan menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan keputusan," jelas Mastika.

Sehubungan itu juga beliau mendakwa tindakan Shahrizat untuk mempercepatkan peralihan jawatan, adalah satu yang tidak adil.

"Cadangan itu dibuat selepas pencalonan bahagian selesai. Banyak pihak dalam exco dan di luar melihat keputusan itu tidak adil, bagi sesetengah pihak yang akur dengan peralihan jawatan," katanya.

Beliau menjelaskan, ini kerana terdapat akar-akar umbi daripada bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah sebagai ketua wanita.

"Mereka akan menuntut suara akar umbi mereka. Mereka mungkin menyalahkan orang lain jika mereka tahu peralihan jawatan ini tidak berlaku sebagaimana yang dirancang.

"Dalam hal ini Tan Sri Rafidah juga harus memenuhi hasrat akar umbi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin Wanita Umno Malaysia," tambahnya.

Menurut Mastika lagi, ketiga-tiga bahagian di Perlis mencalonkan Rafidah sebagai Ketua dan Shahrizat sebagai naib ketua.

‘Demi perpaduan parti'

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Kedah, Salmah Md Isa berkata, Wanita negeri itu menerima keputusan awal yang dibuat oleh exco pergerakan Wanita pusat iaitu menerima pelan peralihan kuasa yang ditetapkan pada Jun 2009 dan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua Mac depan.

Katanya pendirian itu dibuat demi menjaga perpaduan dan mengelak perpecahan di kalangan Wanita Umno.

Beliau juga Wanita Umno agar tidak menyamakan peralihan kuasa di peringkat pucuk pimpinan parti dengan Wanita.

Ini kerana, kata Salmah, peralihan kuasa antara Presiden Umno, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah melibatkan pentadbiran negara dan parti secara keseluruhannya.

"Jadi kenapa mudah melatah? Jangan mudah melatah bila ada orang jolok dari bawah," katanya sambil menambah bahawa ada beberapa pemimpin Wanita negeri yang ingin mempercepatkan peralihan kuasa.

Isnin lalu, Rafidah memgumumkan keputusan mesyuarat exco Wanita yang mengekalkan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dan mengumumkan jawatan ketua dan naib ketua tidak akan dipertandingkan.

Kelmarin, Kamilia mengumumkan pendiriannya untuk tetap bertanding jawatan naib ketua Wanita. Ini bermakna beliau akan berdepan dengan penyandangnya Shahrizat.

Gandingan Rafidah-Shahrizat

Ditanya mengapa Rafidah mahu pelan peralihan kuasa pada Jun depan di mana Shahrizat akan memangku jawatan ketua, Salmah berkata:

"Beliau ada sebab-sebab tertentu. Dia (Rafidah) nak mengemaskini kedudukan parti khususnya Wanita, yang kalah dalam pilihanraya," katanya.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 10 daripada 15 Wanita bahagian di Kedah mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat.

Katanya, empat bahagian lagi - Sungai Petani, Jerlun, Kulim Bandar Baharu dan Kubang Pasu - tidak mencalonkan Rafidah menerajui semula pergerakan itu, manakala bahagian Pokok Sena belum bermesyuarat.

Di Selangor pula, ketua Wanitanya, Datin Paduka Hajah Seripah Noli Syed Hussin, menyifatkan isu peralihan kuasa itu umpama "rumah sudah siap, pahat masih berbunyi."

"Tindakan itu (mempercepatkan peralihan kuasa) tidak bijak dan mengeruhkan lagi keadaan. Wanita adalah satu-satu sayap Umno yang paling stabil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menyifatkan hasrat Shahrizat untuk mempercepatkan peralihan adalah sesuatu yang tidak adil kerana niatnya itu dibuat selepas mesyuarat bahagian.

"Kenapa tak cakap sebelum pencalonan (bahagian) bermula? Kalau betul ikhlas dan jujur dalam perjuangan, mesti ada pengorbanan dan meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri," kata Seripah Noli.

‘Shahrizat jadi penentu'

Beliau menjelaskan 16 daripada 22 bahagian di Selangor mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat..

"Tolong hargai perpaduan dan elakkan perpecahan, dia (Shahrizat) adalah penentu," tambah Seripah Noli.

Di Kelantan pula, semua 14 bahagian di Kelantan turut menyokong peralihan kuasa kekal pada Jun 2009.

Ketua Wanita negeri itu, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor berkata, peralihan kuasa pada bulan Mac atau Jun adalah sama sahaja iaitu Shahrizat tetap akan memegang jawatan ketua walaupun sebagai pemangku.

"Dalam perlembagaan Umno, beliau tetap menjalankan tugas sebagai ketua Wanita Malaysia," kata Wan Hazani

Tambahnya, kekecohan yang berlaku ini disebabkan hal tersebut tidak diketahui oleh ahli-ahli Umno.

Katanya, keputusan Rafidah mengekalkan peralihan kuasa pada Jun depan adalah untuk memboleh beliau menjejalah ke seluruh negara untuk memantapkan perpaduan dan memperkasakan Wanita.

Rafidah diminta berlembut

Ketua Wanita Umno Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan pula menjelaskan Wanita negeri itu bersetuju dengan peralihan kuasa antara Rafidah dan Shahrizat tetapi mahu ia dipercepatkan pada bulan Mac.

"Kami mahukan wanita ini menjadi sebuah pergerakan yang cukup lengkap, iaitu ada ketua dan naibnya.

"Bagi saya, jawatan pemangku tidak sama bidang kuasanya dengan jawatan ketua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, tujuan utama peralihan kuasa adalah untuk mengelakkan perpecahan dalam Wanita dan mengelakkan sebarang pertandingan.

Oleh yang demikian, beliau berharap Rafidah menimbang semula tentang peralihan kuasa yang dicadangkan itu.

"Beliau perlu mendengar hasrat akar umbi dan berlembut, selesai masalah. Jika tidak akan timbul lagi banyak masalah," katanya.

Menurut Hazizah lagi, tiga bahagian di Melaka telah mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat manakala tiga bahagian lagi mencalonkan Shahrizat-Kamilia sebagai ketua dan naib ketua.

Dipetik dari:-Malaysiakini

UMNO JUARA RASUAH

Siapa Pelopor Rasuah Dalam Umno Pasir Mas?

KAWAN saya seorang Umno yang fikirannya agak terbuka ada mengisahkan soal rasuah dalam partinya. Beliau melaporkan bagaimana rasuah berlaku dalam pemilihan Umno di Bahagian Pasir Mas. Saya hanya membaca laporan berkenaan tanpa merasa apa-apa perasaan. Tidak marah dan tidak kesal bukan kerana saya bukan ahli Umno, tetapi kerana saya mengenali rupa, wajah, hati perut dan pedal politik Pasir Mas.

Saya juga tahu sejarah dan lagenda politik di bahagian itu. Tahu sangat bahkan tersohor ke seluruh antero dunia bagaimana rasuah di daerah itu berkembang mjau dam membiak dan siapa yang menjadi juara dan pelopornya sejak dulu dan masih membayangi hingga kini.

Bagaimana ada bekas tokoh Umno di kawasan itu begitu percaya bahawa wanglah segla-galanya atau apa yang disebutkan sebagai "kepala rimau" atau "kepala agung" boleh merubah segala-galanya.

Bekas tokoh Umno itu percaya kepada kuasa wang. Secara tidak langsung apabila beliau yakin kepada wang boleh membeli kuasa, beliaulah yang bertanggungjawab merosakkan moral dan memburukkan maruah politik orang Melayu iaitu Umno.
Kerana itu bekas tokoh Umno itu menggunakan wang untuk mendapatkan apa saja.

Ini tidak hairan kerana rupa dan moral politik tokoh itu sendiri sangat buruk dan berbau. Bahkan baginya politik itu disifatkan sebagai tidak ada moral. Lantaran itu ia boleh memperkotak katakan para penyokong dan rakyat. Kalaulah beliau boleh berfalsafah begitu, betapa keji dan jijiknya politik beliau.

Politik wang atau rasuah sudah bermula sejak lama di Pasir Mas. Setiap kali pemilihan adalah dakwaan-dakwaan berlaku rasuah dan juga wujud surat-surat pengakuan seperti mana didedahkan oleh kawan saya sdr Haji Sabri Shafei seperti mana dalam blognya itu http://newkk.blogspot.com/2008/11/apabila-setiausaha-agong-tidak-setia.html. Kononnya ada orang menerima wang dari agen parti.

Terbuku dalam minda saya bagaimana pada pemilihan tahun 2004 surat seperti itu diikrarkan oleh seorang ketua cawangan mengakui beliau menerima wang dari seseorang mengakui wakil calon agar menyokong calon berkenaan.

Hasil dari ikrarnya itu, beliau dipukul dan ditumbuk kerana dianggap sebagai tidak jujur; wang terima tetapi dedahkan rahsia yang mengaibkan itu kepada umum. Dua kali ahli Umno itu boleh bala; sekali berdosa kerana menerima rasuah sekali lagi sakit kerana dibaham kerana tidak jujur dalam melakukan perbuatan jahat.

Permainan politik wang atau rasuah dalam Umno tidak akan berakhir di Pasir Mas, khasnya, dan begitu juga ditempat lain. Selagi saki baki atapun kepercayaan dan semangat yang diterapkan oleh bekas tokoh Umno itu - tokoh rasuah, dihayati dan diamalkan ia tidak akan hilang. Gara-gara ajaran rasuah itulah juga menyebabkan rasuah berleluasa di Pasir Mas dari peringkat bawah sampai ke peringkat atas.

Seorang anak muda berkelulusan pengajian tinggi yang berminat dalam politik pernah mengeluh kepada saya, bahawa beliau tidak mungkin akan dapat menempatkan diri dalam Umno Pasir Mas. Apabila saya bertanya kenapa, sebab di Pasir Mas rasuahnya terlalu hebat dan sudah menjerat ke akar umbi.

Penyakit ataupun fenomena rasuah di dalam badan Umno Pasir Mas sudah jadi seperti penagih dadah, ianya tidak boleh dilakukan apa-apa saja lagi. Jika tidak diberikan rasuah, Umno Pasir Mas akan lumpuh walaupun mereka tahu dengan rasuah akhirnya ia akan membawa Umno berkubur.

Gara-gara itu di Pasir Mas sudah menjadi keaiban pula kepada mereka yang cuba bercakap dengan menggunakan air liur. Tanpa wang jangan mimpilah untuk memimpin Umno Pasir Mas. Bagi sesiapa yang miskin dan tidak sedia untuk berkecimpung dalam rasuah jangan sesekali berangan untuk menjadi pemimpin dalam Umno Pasir Mas.

Pernah disenaraikan mengenai harga untuk merebut jawatan di semua peringkat dalam Umno di Pasir Mas. Untuk jadi calon ketua bahagian seseorang itu memerlukan RM100,000 hingga RM500,000. Itu nilai pada tahun 2000, tetapi kini nilainya tentu sudah naik mencecah RM1 juta.

Jika diperhatikan kepada apa yang diikrarkan oleh orang bernama Ilias Hamad yang mengaku sebagai perwakilan dari Cawangan Ekor Pasir, Pasir Mas seperti mana termuat dalam blog Sabri itu iaitu beliau menerima sebanyak RM1,300 yang bertujuan supaya memilih seseorang. Bayangkan betapa jumlah yang harus disediakan oleh seseorang calon ketua bahagian. Kalau perwakilan ada 500 orang ini bermakna ia perlu menyediakan sebanyak RM 650,000.

Jadi saya tidak tahu apakah tujuan Sabri mendedahkan kejadian rasuah dalam Umno Pasir Mas itu. Kalau beliau berbuat begitu dengan harapan untuk membanteraskan rasuah saya rasa kerja beliau sia-sia sahaja. Ia seperti mencurahkan garam ke laut atau air ke daun keladi. Beliau hanya boleh pahala kebajikan tetapi akan kecewa melihat hasilnya. Rasuah tetap akan berlaku, apa lagi tokoh atau orang yang mempercayai rasuah masih lagi hidup dan masih menjadi pakar rujuk kepada Umno Pasir Mas.

Mengenai ikrar orang bernama Ilis Hamad itu saya tidak yakin ia memberi apa-apa kebaikan atau pun boleh membantu untuk menghapuskan rasuah politik di Pasir Mas. Bagi saya selagi tokoh rasuah yang ada di Pasir Mas tidak ditangkap dan dipenjarakan maka ia akan terus subur kerana perbuatan keji itu disokong oleh orang berkenaan. [wm.kl 2:00 pm 13/11/08]

DIPETIK DARI BLOG HJ.MOHD SAYUTI OMAR

Wednesday, November 12, 2008

Salahuddin Al-ayubi

Menjejak Salahuddin Al-Ayyubi bersama Aman Palestin

NAMA Salahuddin Al-Ayyubi dalam sejarah pejuang Islam di kalangan kebanyakan Muslim negara ini, agak asing.

Malah, jarang daripada kita didedah dan terdedah dengan kisah-kisah kehebatan perjuangan dan keteguhan prinsip Salahuddin dalam mempertahan serta menegakkan Islam.

Kerana sejarah dan semangat perjuangan serta keberaniannya sehingga turut di gelaran ‘singa Islam’, Aman Palestin Malaysia merancang mengadakan program ‘Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi’ pada Disember ini.

Ia bermatlamat menjejaki semula kesan-kesan sejarah dan perjuangan yang ditinggalkan Salahuddin sebagai penyuntik semangat generasi Muslim masa kini mendepani ancaman musuh serta mengembalikan imej Islam.

Aman Palestin akan menyusuri negara Jordan, Syria, Lebanon dan Palestin selama seminggu untuk menjejaki semula legasi pejuang Islam itu bermula 3 Disember 2008.

Pengarah program, Nadzmi Mohd. Nadzir berkata, Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi selama seminggu itu akan membawa ahli rombongan menjejaki lokasi yang menjadi sejarah dalam perjuangan ‘singa Islam’ itu.

“Kami buka penyertaan dalam program menyusuri jejak sejarah perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan prihatin dengan perjuangan Islam,” ujarnya.

Penyertaan bagaimanapun tambah beliau, hanya dihad kepada 25 orang peserta yang mendaftar awal dengan kos kira-kira RM6,500 untuk setiap peserta.

Serentak dengan itu kata Nadzmi, rombongan Aman Palestin akan turut meninjau dari dekat projek-projek yang mereka rancang dan telah adakan terutama di kem-kem pelarian Palestin.

Dalam masa yang sama jelas beliau, Aman Palestin akan meneruskan kerja amal dengan melaksanakan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah ini di beberapa kem pelarian Palestin di sekitar Lebanon, Jordan dan Syria.

“Malah Aman Palestin juga akan turut mengadakan sembelihan korban dan akikah untuk rakyat Palestin yang tertindas di dalam negara berkenaan,” jelasnya.

Program itu katanya, akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa badan pertubuhan sukarela yang membantu perjuangan dan pelarian rakyat Palestin di negara yang dikunjungi.

Melalui program korban dan akikah beritahu Nadzmi, mereka akan mendapatkan ternakan daripada penduduk tempatan untuk disembelih dan diagih-agihkan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi-Israel.

Sehubungan itu Aman Palestin mengalu-alukan warga Malaysia untuk menyalurkan sumbangan melalui program korban, akikah dan sedekah korban untuk pelarian Palestin.

Bagi program korban dan akikah di Palestin beritahu Nadzmi, setiap satu bahagian sama ada seekor kambing biri-biri atau satu bahagian lembu berharga RM900.

“Harga itu selaras dengan harga pasaran ternakan yang akan kami beli dari penduduk tempatan bagi majlis sembelihan itu nanti,” ujarnya.

Manakala harga untuk program korban dan akikah bagi sembelihan di kem-kem pelarian di luar Palestin ialah pada kadar RM750 untuk setiap satu bahagian sama ada kambing atau lembu.

Malah Aman Palestin turut menyediakan program sedekah korban bagi menggalak lebih ramai Muslim negara ini menyumbang kepada tabung Aman Pelarian pada harga sekurang-kurangnya RM350 untuk setiap satu.

Kata Nadzmi, semua sumbangan dari program korban, akikah dan sedekah korban itu akan diagihkan terus kepada rakyat Palestin melalui majlis sembelihan di kem-kem pelarian dan rakyat Palestin.

Untuk maklumat lanjut mengenai korban, akikah atau sedekah korban dan program Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi, hubungi talian 03-89267019 atau layari laman web www.amanpalestin.org.

UMNO PELIHARALAH IBRAHIM ALI

Assalamualaikum... Semasa membangkitkan persoalan ketika Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak membentangkan pelan pemulihan ekonomi di Parlimen semalam, ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali telah mengambil kesempatan untuk menzahirkan yang beliau telah memaaf dan mengampuni Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi kerana memecat beliau daripada Umno.

Begitu baik sekali hati ahli Parlimen berkenaan kerana memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Sebelum ini marahnya bukan main lagi kepada kedua pemimpin Umno itu. Setiap ceramahnya atas pentas Pas dimaki hamun Najib dan Abdullah.

Barang kali ramai orang dengar bagaimana beliau menceritakan tentang Najib ligat berkempen di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir sehingga tidak bersembahyang Subuh atau cerita berkias bagaimana Najib sembahyang Asar dua tiga kali sehari kerana nak tunjuk alim.

Begitu juga barangkali ramai orang masih ingat terutamanya pendengar diceramahnya bersama Pas bagaimana beliau mengatakan Abdullah seorang yang lembik, tidak cerdik dan sebagainya.

Beliau marah kerana beliau dipecat dari Umno.

Jadi apabila semalam beliau telah memaafi kesalahan itu, menyebabkan orang terfikir apakah sebabnya beliau tiba-tiba menjadi sebaik itu. Tentulah ada helah di sebaliknya. Dalam keadaan hari ini, apabila Pas sudah muak dan jelak dengan perangainya mungkin ahli Parlimen Bebas itu sudah tahu ke mana diri beliau selepas ini. Tidak mungkin Pas akan bermurah hati untuk memberi laluan kepadanya lagi pada pilihan raya akan datang.

Jadi mulai sekarang beliau perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Jalannya satu saja iaitu kembali kepada Umno. Apa yang dilakukan semalam dengan memaafkan Najib dan Abdullah dengan harapan Najib dan Abdullah memaafi kesalahannya dan mengundangnya masuk semula ke dalam Umno. Itu saja.

Saya berpendapat eloklah kalau Umno mengambil semula Ibrahim Ali. Kalau dibiarkan dia duduk diluar ia mencemarkan keadaan saja. Umpama binatang peliharaan yang sudah tua dan busuk kalau dibiarkan ia merayau-rayau kalau masuk ke dalam rumah orang ia akan mencemarkan orang lain. Jadi kerana Ibrahim itu adalah pilharaan Umno sejak dulu lagi ambil dan jagalah semua dan berilah dia makan sekenyang-kenyangnya agar ia duduk diam.

DIPETIK DARI BLOG TUN PADUKA TUAN

Tuesday, November 11, 2008

Majlis Perkahwinan Farizatul Akmar bt.Ramli(Bekas anak murid tahun1988)



Perkahwinan Akmar anak cikgu Sarimah di Tanah Putih Baru Kuantan.

CHINI


Berjalan-jalan di Chini bersama keluarga.........

gambar Seminar IMTEC




Seminar IMTEC di MS Garden,Kuantan pada 3 - 7 November 2008