Monday, November 30, 2009

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM .

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3:
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

“Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

“Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorg itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.” Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pada badan, menurut uztaz haji mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

” Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. “jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib dibuka. Bulu-bulu dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dlm hidung itu bernajis, ia wajib dibasuh.

“Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

” Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib itu tidak sah.

“Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pd rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

“Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.”

“tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah paham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukan lah bemaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

“Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.

Mengenai sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, uztaz hj mat jais menegaskan, sebabnya tdiri drp 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah)

” Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

“Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seeloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh.”

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdo’a .

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

? Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku).
(HR Ahmad).<- DOA TENGOK CERMIN

? Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur atau riak.

? Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

? Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Wassalam.

Tags: , , , , , ,,

Tuesday, November 24, 2009

OSA... Alat menutup pekung!!!

Tuesday, November 24, 2009



Masih ingat peristiwa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dulu?? Masih ingat tragedi Highland Tower?? Ia juga berlaku di Bukit Antarabangsa.

Setelah tragedi demi tragedi berlaku, mengapa manusia masih tidak insaf.... tidak serik, tidak bermuhasabah dan tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu.

Jawapan bagi soalan-soalan tersebut..... Sifat tamak dan tidak prihatin.

Semua tragedi ini berlaku kerana tidak ada akauntabiliti.... tidak ada ketelusan.... rasuah di pihak pemaju maupun pihak-pihak yang terlibat meluluskan projek tersebut yang terletak di bawah kuasa kerajaan tempatan.

Sekarang, setelah siasatan siap dibuat, status kertas siasatan pulak tidak boleh didedahkan kepada umum kerana telah diklasifikasikan di bawah OSA oleh kabinet Satu Malaysia. Apakah ia mengancam keselamatan dan kepentingan negara??

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim ingin mendedahkan hasil siasatan tersebut sebab orang awam berhak untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku, demi kepentingan mereka juga. Selain itu, langkah-langkah proaktif boleh diambil bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang. Tetapi...mengapa pulak dihalang??

Pelik bin ajaib, mengapa kabinet membuat keputusan mengklasifikasikan laporan siasatan tersebut sebagai rahsia? Apa yang nak dirahsiakan kalau ia benar-benar kejadian mala petaka alam?

Mungkinkah ia dirahsiakan kerana kejadian tersebut ada kaitan dengan kesilapan dan kelalaian dan kecuaian manusia? Dan.... mungkin manusia yang bertanggung jawab ke atas berlakunya tragedi tersebut ada kaitan dengan kerajaan UBN terdahulu atau pun ada pihak yang berpengaruh terlibat sama??

Rasanya tindakan kabinet mengklasifikasikan laporan ini sebagai rahsia adalah untuk menutup pekong dan kepincangan yang berlaku di bawah pemerintahan UBN dahulu, yang berada di bawah kuasa kerajaan tempatannya.

Apakah mereka telah mematuhi garis panduan pembangunan kawasan cerun atau kawasan sensitif alam sekitar??

Kita pasti berasa sangsi.... kerana sekiranya garis panduan itu dipatuhi, takkan tragedi itu boleh berlaku?

Ah.... mereka peduli apa?? Keuntungan telah mereka kecapi, keselamatan dan kebajikan penduduk.... mampuih pi la.

Dan sekarang, rakyat melihat tindakan kabinet meng'OSA'kan laporan siasatan tersebut sebagai tindakan menyelamatkan dan melindungi pihak-pihak yang bertanggungjawab. Adil dan wajarkah tindakan ini??

Inikah dia kerajaan Satu Malaysia yang mengutamakan rakyat??

Lawak.... lawak.... Kerajaan Satu Malaysia, telus?? Accountable?? Reliable??

Ha ha ha ha..... lu pikirlah sendiri!!!

Monday, November 23, 2009

CUKAI 5% DAN SERVIS CHARGE

Malam semalam penulis bersama keluarga telah "window shooping" di Giant,Kuantan.Anak-anak nak makan di Pizza,jadi penulis letak mereka dekat situ dan mereka makanlah bersama-sama tanpa penulis dan isteri kerana kami tak begitu gemar makan macam ni.Apa yang menghairankan penulis ialah bilnya dicaj macam-macam. Cuba kita lihat bil ini:servis charge RM5.57 ada pulak 5% Govt Tax RM2.78. Jumlah caj yang entah apa-apa ni ialah RM8.35. Syarikat ni berniaga untung juta-juta kita yang bayar cukai kat dia 5% pada kerajaan.Dia orang ni bayar tak cukai ni kat kerajaan.Rasanya tang ni depa buat-buat mengelat kata tak bayarlah .Entahlah. Servis charge tu apa pulak. 1 MALAYSIA RAKYAT DI DAHULUKAN

Hari Raya Korban


Apabila disebut sahaja Hari Raya Aidiladha, ia pasti mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan hamba yang soleh dan nabi yang mulia, serta puteranya pemuda yang sabar dan sanggup menjunjung perintah Allah walaupun sampai mengorbankan jiwa.

Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail alaihimus salam telah menunjukkan gambaran kepatuhan yang tidak ada taranya. Allah telah mengabadikan sebutan baik keluarga ini hingga ke akhir zaman dengan diturunkan ayat yang diabadikan pembacaannya di dalam al-Qur'an:

Maksudnya: “Apabila anak yang di sampingnya sudah boleh berusaha, dia pun berkata kepada anaknya: Wahai anak kesayanganku, aku melihat di dalam mimpiku aku menyembelihmu, perhatikanlah bagaimana pendapatmu. Anak yang setia itu pun berkata: Wahai ayahku, buatlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, ayah akan dapati saya, insya'Allah dari golongan orang yang sabar. Apabila mereka berdua telah berserah bulat dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipisnya. (Allah berfirman) Kami pun menyerunya: Wahai Ibrahim, sungguh engkau telah menepati mimpimu, sesungguhnya begitulah Kami membalas orang-orang yang melakukan kebaikan. Sesungguhnya inilah suatu ujian yang nyata. Maka Kami tebus dia dengan suatu penyembelihan yang besar. Dan Kami abadikan baginya sebutan yang baik di kalangan orang di belakangnya (iaitu) "sejahtera atas Ibrahim".” (Ash-Shaaffat: 102-109)

Itulah suatu gambaran bagi sejarah kesetiaan keluarga Ibrahim yang menjadi contoh yang baik bagi keluarga-keluarga yang soleh lagi setia kepada perintah Allah. Ayah yang taat, anak yang redha dan ibu yang sabar.

Sejarah ini bukan setakat untuk ditunjukkan menjadi suatu cerita yang dibaca dan diulang, tetapi ianya perlu dihayati kerana ia mengandungi pengertian bagaimana sesebuah keluarga itu perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu perintah Allah swt.

Bukan mudah bagi seorang ayah hendak mengorbankan anak sendiri, sedangkan usaha untuk mendapatkan zuriatnya itu telah mengambil masa yang sangat lama. Sehingga terpaksa berkahwin dengan seorang isteri lagi. Apabila telah mendapat anak, lalu dimanja dan diberikan belaian penuh kasih sayang tiba-tiba hendak dikorbankan pula.

Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya mengalami kesusahan dan kesakitan. Sedangkan anak yang mengalami luka sedikit pun, si ibu sudah riuh, inikan pula anaknya yang akan disembelih hidup-hidup oleh ayah sendiri. Namun kedua-dua ibubapa yang beriman ini sangat patuh tanpa berdalih dan banyak soal kepada Tuhan mereka, malahan taat dengan perintah yang telah diberikan. Mereka yakin ini adalah ujian Allah swt ke atas mereka dan optimis di sana pasti ada hikmahnya.

Walaupun ketika hendak melaksanakan perintah Allah ini mereka telah dihasut iblis yang menyerupai seorang syeikh yang menasihati mereka agar tidak menjalankan perintah tersebut. Kerana perintah atau wahyu ini datangnya hanya dengan mimpi dan yang akan disembelih pula seorang anak lelaki yang sudah remaja yang telah mampu berusaha, tentunya ini perkara yang tidak wajar dan sukar dibuat, iblis terus menggoda dan mengekori mereka. Tetapi mereka menyedari hasutan iblis ini lalu mereka merejamnya. Itulah simbolnya melontar jamrah yang disyariatkan pada setiap musim haji.

Begitulah gambaran keluarga yang sabar lagi patuh kepada perintah Allah dan seorang anak remaja yang menghabiskan usia remajanya dengan kepatuhan dan ketaatan terhadap Allah swt. Inilah anak muda yang kemudiannya diangkat menjadi rasul memimpin umat ke arah hidayah Allah.

Sunday, November 22, 2009

BLOG BICARA SEMPO

Club Blog-Blog Bicara Sempoi Diwujudkan adalah untuk menggumpulkan blog-blog yang ada dimalaysia amnya.
Update posting dari para blogger amat menarik minat pembaca berkunjung keblog tersebut.. berbagai bagai tajuk boleh dipilih mengikut citarasa tersendiri..

cara nak join:

1.Pasang link Atau Banner Club Bicara Sempoi diblog anda


CLUB BLOG BICARA SEMPOI

2.Buat Posting Review Tentang -Club Blog Bicara Sempoi- Diblog anda


3.Sedikit Ulasan Apa Tujuan Anda Buat Blog?


Potong Buah Dalam Suasana Musim Tengkujuh

Timbunan buah sawit yang diangkut kerana masalah jalan
Pekerja Mat Indon turut ambil bahagian
Lagi sebahagian hasil bulan ni(pusingan ke-2

1. Semalam (22.11.2009)penulis bersama keluarga balik kerumah bapa mertua di Jengka 10.Pada masa yang sama pusingan ke 2 bulan November pengeluaran hasil kelapa sawit perlu dilakukan.Walau pun musim hujan hampir sebulan melanda ladang dan kawasan sekitarnya namun pengeluaran hasil sawit perlu juga dilakukan.Jadi pekerja ladang penulis terpaksalah mengangkut buah sawit ni kekawasan yang agak tinggi dan lari mampu masuk.Ini memandangkan kawasan ladang ini begitu sukar dilalui lori kerana jalan ladang ini telah begitu lama tidak diperbaiki(seingat saya 6 tahun).

2.Alahamdullilah dapat juga hasil 6.04 tan dengan harga RM455 dapatlah RM2750.Pusingan lepas dapat 7.02 tan dengan bayaran RM3045.Jumlahnya RM5815 untuk dua kali pengeluaran hasil bulan ni.Untuk bulan ni penulis mengagihkan RM500 untuk setiap 7 beradik dan untuk adik penulis Halim RM700.Cumanya teruk lah sikit saya berlumpur masuk ladang.Yang buat dengan FELDA lagi untung dapat RM1500,dengan tak payah buat kerja,Boleh duduk kedai kopi memanjang.Dari pagi sampai petang sidang parlimen.

Saturday, November 21, 2009

Bekas isteri bantah tuntutan Roslin






KERATAN Kosmo! 13 Ogos lalu.


KUALA LUMPUR - Bekas isteri pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memfailkan notis bantahan awal di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin berhubung tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 yang dikemukakan bekas suaminya itu pada 12 Ogos lalu.

Faezah Mohamad, 32, memfailkan notis bantahan tersebut pada 19 November menerusi peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakilinya.

Faezah dalam notis bantahan itu mendakwa tuntutan yang dibuat Roslin (plaintif) bercampur aduk, bercelaru dan menyusahkan kerana mengaitkan urusan berkaitan merisik sehingga kepada perkara-perkara remeh.

Antaranya seperti kasut pengantin, upah solek, sewa khidmat video yang mana tersasar jauh daripada kehendak dan bidang kuasa undang- undang.

Dakwanya, atas nasihat peguam syarie, plaintif sebagai bekas suami hanya berhak ke atas separuh perbelanjaan mas kahwin memandangkan tiada berlakunya persetubuhan sepanjang tempoh 12 hari perkahwinan mereka.

Malah, jelas Faezah, sebagai bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab yang jelas, dia sepatutnya diberi hak untuk membuat tuntutan selepas perkahwinan dan bukannya plaintif.

Mengikut notis itu lagi, tindakan yang dibuat plaintif juga akan membudayakan seorang suami yang mahu menceraikan isterinya supaya menuntut sesuatu dengan cara yang tidak bermaruah.


Friday, November 20, 2009

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi



SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas.


Sunday, November 15, 2009

JOM KE MASJID



Masjid adalah pusat pertemuan orang mukmin yang telah ditentukan oleh Islam melalui Nabi s.a.w untuk melaksanakan pelbagai ibadah sebagaimana yang dituntut. Islam menuntut kita supaya kita mengerjakan solat berjemaah dan mengadakan aktiviti belajar ilmu melalui majlis ilmu untuk memahami kewajipan kita terhadap Allah swt. Dengan kehadiran ahli qariah atau ahli masyarakat setempat, dapatlah menjalinkan silaturrahim sesama saudara dalam Islam dan dapat pula melaksanakan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan agama dan masyarakat.

Tapi malangnya sambutan kehadiran ahli dalam sesuatu qariah masjid belumlah memuaskan. Jika ditinjau dari masa ke semasa kehadiran di masjid-masjid mau pun surau-surau adalah terdiri dari golongan yang telah lanjut usia atau mereka yang bertaraf "pencen". Kehadiran di kalangan orang yang tidak pencen dan golongan di peringkat pemudanya begitu terhad sekali. Begitu juga golongan kanak-kanak belum kelihatan dapat memeriahkan suasana masjid. Walaupun kanak-kanak inilah bila dewasa nanti akan mengambil tempat ahli jemaah yang telah tiada lagi.

Suasana kehadiran jemaah di masjid sangat membanggakan apabila sampai bulan ramadhan, di mana pada awal bulan ramadhan solat maghrib yang diikuti dengan sunat terawih dan isyak agak ramai bilangannya dan amat luar biasa jika dibandingkan di masa-masa hari biasa. Begitu juga pada solat sunat Hari Raya i'Idilfitri mau puan 'Idil Idha, kehadiran atau bilangan jemaah yang ramai menunaikan solat sunat Hari Raya memyebabkan kadang-kadang tidak cukup ruang solat di masjid bagi menampung bilangan jemaah yanag hadir untuk solat. Alangkah baiknya jika suasana yang ramai ini dapat dikekalkan setiap waktu atau pada hari biasa, bagi mengimarakkan masjid atau surau dengan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Masjid dapat menjalankan peranan sebagai institusi sosial, dan ilmu, khususnya ilmu keagamaan dan yang berkaitan dengn fardhu ain, yang sangat perlu oleh setiap muslim mempelajarinya untuk beramal dengan ilmu yang berkaitan serta mempastikan amal ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima di sisi Allah swt, mengikut kaedah atau peraturan yang ditetapkan seperti yang berkaitan dengan solat serta amalan-amalan lain dalam agama Islam yang perlu difahami sebelum boleh diamalkan. Jika pihak penyampai dan jemaah yang hadir ke majlis ilmu atau halaqah ilmiah ini dengan ikhlas kerana Allah, insya Allah kita akan dapat ganjaran yang besar manfaatnya.

Dari riwayat Abi Umamah r.a draipada Nabi Muhammad saw baginda bersabda, yang bermaksud:

"Sesiapa yang pergi di pagi hari ke masjid, ia tidak bermaksud kecuali unyuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya ia akan memperoleh pahala ibadah haji yang sempurna"

- Hadis Riwayat Tabrani dan Al-Hakim.

Di samping itu faktur pengurusan masjid yang cekap yang dapat mengisi program yang menyeluruh dan bermanafat kepada ahli jemaah, usaha untuk menarik ahli qariah atau penduduk setempat perlu dilakukan supaya menjadikan masjid sebagai tempat yang yang sangat penting di dampingi kerana masjid adalah tempat yang paling suci yang diberikan rahmat, ketenangan oleh Allah swt bagi sesiapa yang hadir melaksanakan ibadat atau aktiviti ilmu, iktikaf dan sebagainya.

Bagi golongan kanak-kanak adalah sangat digalakkan supaya ibubapa membawa dan membiasakan anak-anak mereka hadir ke masjid, dengan harapan mereka akan dapat melatih diri mereka untuk terus datang ke masjid tanpa segan silu semasa mereka dewasa nanti. Tapi kehdiran mereka seharusnya melalui bimbingan ibubapa tentang adab tertib semasa di masjid, supaya tidak mengganggu jemaah lain yang ada di amasjid.

Kebanyakan masjid terutamanya di bandar-bandar pengajian agama seperti kuliah maghrib,kuliah subuh dan kelas-kelas agama ynag lain berjalan dengan baik dan mendapat sambutan, walaupun belum boleh dikatakan memuaskan. Sambutan dari ahli qariah masih kurang kerana ramai ynag belum tertarik dengan aktivti pelajaran agama yang disampaikan. Kemungkinan kesibukan bekerja atau belum dapat petunjuk untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mengikut kuliah atau pengajaran agama. Yang penting kita mesti sedar kepentingan menghadikan diri di masjid dan berusaha supaya dalam kesibukan itu juga dapat kita merancang untuk hadir ke masjid.

Oleh itu melaui foram ini, saya menyeru diri saya sendiri dan anda sekalian jhika belum berbuat demikian supaya dapat mengimarakkan dan meningkatkan syiar Islam dengan melapangkan masa supaya bersama-sama hadir ke masjid atau surau yang berdekatan dengan tujuan melaksanakan perintah Allah swt untuk bergerak dalam satu jemaah dan bersama-sama mendapatkan keredhaan Allah swt.

* Bagi solat fardhu berjemaah di masjid hukumnya adalah fardhu kifayah. Pahalanya 27 kali ganda daripada solat berseorangan. Solat lima waktu bagi kaum lelaki berjemaah di masjid adalaah lebih baik daripada berjemaah di rumah. Bagi kaum perempuan solat di rumah adalah lebih baik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Maksudnya.

"Solat bersama imam lebih afdhal dari dua puluh lima kali solat di kerjakan seorang diri"


*Imam Al-Manawi berkata dalam kitab Faidhul Qadir mengenai sabda Rasulullah saw, "

"Sesiapa yang pergi menuju solat fardhu berjemaah ia sama dengan menunaikan ibadah haji". Yakni (ia akan memperoleh) seperti pahala haji, tapi tidak mesti sama ukurannya".

Ini bermakna jika kita konsisten/berterusan mendirikna solat berjemaah Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak seperti menunaikan haji.

* Dalam satu hadis yang bermaksud.

"Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wudhu'nya batal ataupun ia bercakap. Para malaikat itu memohon; " Ya Allah , Ya Tuhanku !, Ampunilah dia , Rahmatilah dia!".
*Membiasakan diri bersolat jemaah adalah perkara yang besar faedahnya. Tapi berjemaah semasa solat Isyak dan Subuh adalah lebih besar faedahnya, sebagaiman sabda Rasulullah saw. Maksudnya:
" Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat".
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besarnya pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan jalan merangkan".
-( Muttafaq "alaih)

Wassalam.

Saturday, November 14, 2009

Pengetua Politeknik Permatang Pauh ditukar

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman
telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri
Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.
Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh
didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.
Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.
Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan
pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.
Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan
Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr
Haji Abdul Rahman Abbas.
Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan
menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan
program yang pernah dibuat.
Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu
pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan.
Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah
berusaha menukar beliau.
1

Friday, November 13, 2009

Mati

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."



TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-
orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa
sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.



TANDA AKHIR.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka
diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun
doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-
mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Pahang Bentang Bajet Defisit 2010 Untuk Kali Ke-12

Jumaat November 13, 2009

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan Bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Bagaimana pun, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Bajet defisit 2010 itu berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun 2009 iaitu RM98.61 juta.

"Sejumlah wang iaitu sebanyak RM814,365,760.00 diperuntukan untuk bajet bagi tahun 2010 iaitu RM571,871,950.00 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810.00 bagi Perbelanjaan Pembangunan.

"Bajet bagi tahun 2010 masih lagi dalam keadaan defisit sebanyak RM92,481,950.00." katanya ketika membentangkan Bajet 2010 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di sini.

Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

"Berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan menduduki tangga keduaberbanding tangga ketiga pada sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa struktur ekonomi negeri telah mula bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

"Dari segi pendapatan per kapita pada tahun 2005 ianya ialah sebanyak RM6,648.00. Dengan kerancakkan aktiviti ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan, ia dijangka meningkat kepada RM8,245.00 pada tahun 2010." kata Adnan.

Beliau bekata strategi bajet bagi tahun 2010 adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Perbelanjaan yang bersifat mewah dan kurang memberikan impak positif kepada rakyat dan negeri tidak diberikan keutamaan dalam bajet bagi tahun 2010," katanya.Ketika membentang bajet itu, Adnan berkata beliau juga ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri Pahang masih mempunyai tanah yang luas.

"Sebenarnya, sebahagian besar daripada keluasan tanah di Pahang yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar adalah dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai," katanya.

Beliau berkata kerajaan Negeri telah berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar Kerajaan Persekutuan.

Adnan berkata sehingga kini Kerajaan telah mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan semua aktiviti pembalakan tidak dibenarkan, sedangkan nilai komersil hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

"Saya berharap bahawa kesanggupan Kerajaan Negeri Pahang berkorban demi kepentingan negara dengan mewartakan kawasan begitu luas sebagai kawasan tadahan air, akan diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

""Jika semua kawasan hutan di Negeri Pahang dihapuskan, ianya bukan sahaja menjejaskan bekalan air di Pahang tetapi juNegeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negerinegeri ini berpunca dari kawasan tadahan air di kawasan gunung-ganang dan bukitbukau di Pahang.

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan tersebut.

"Saya akan terus menyusul perkara ini dengan Perdana Menteri. Marilah bersamasama kita berdoa agar permohonan kita dipertimbangkan dengan sehabis baik," katanya.

BERNAMA

Thursday, November 12, 2009

Dituduh tak berdisiplin





TiDAK fokus pada kerja, main-main, alpa dan macam-macam lagi. Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba sahaja pelakon popular, Abby Abadi, yang selama ini begitu komited dengan kerjanya dikatakan mula buat onar. Keadaan ini sekali gus meletakkan kerjaya seninya di ambang mara bahaya.

Malah khabar angin turut mengatakan ini semua berlaku gara-gara Abby terlalu angau dalam percintaan sehinggakan disiplin kerjanya mula terabai.

Terbaru, Abby gagal memberikan kerjasama untuk menghadiri proses memasukkan suara untuk filem terbarunya, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.

Kerana itu, pengarah filem tersebut, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk kesemua babak lakonan Abby.

Mahu mendapatkan penjelasan sebenar daripada Abby, pelakon yang semakin jelita ini memberitahu, segala kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar. dan menjurus kepada 'menghentam' peribadinya.

Menurut Abby, dia juga runsing apabila dipersalahkan dalam hal ini memandangkan sepanjang tempoh pembikinan filem di bawah terbitan produksi milik Haliza, Big Productions Sdn. Bhd., dia tidak pernah 'buat hal' sehingga menjejaskan produksi itu sendiri.

"Perkara ini bukanlah satu masalah yang besar. Saya pun tak tahu sapa yang patut dipersalahkan. Saya beri kerja sama dari awal sampai habis.

"Sebenarnya saya telah berkomunikasi dengan pengurus produksi (PM) filem ini dan saya telah pun memberi tarikh untuk saya proses masuk suara.

"Bila tibanya tarikh seperti yang dijanjikan, dia SMS saya memberitahu jadual saya dibatalkan kerana Haliza tengah 'angin'. Risaulah juga kenapa Haliza naik angin tiba-tiba. Saya risau kerana bimbang dia akan fikir saya tak bagi komitmen, padahal saya sudah letak tarikh awal-awal.

"Kemudian, orang lain pula menghubungi saya untuk menetapkan tarikh baru dan saya pilih tarikh yang sesuai dengan masa saya. Dan bila tibanya hari yang dijanjikan, orang itu SMS saya memberitahu dibatalkan lagi kerana orang yang menjaga proses itu sedang cuti.

"Kali ketiga, Din CJ SMS saya dan bagi tarikh mana yang sesuai untuk saya. Dia nak saya sahkan tarikh cepat dan ketika dia SMS, saya sibuk menjalani penggambaran dan tak sempat nak tengok jadual saya. Tiba-tiba dia SMS saya semula kata: 'tak apalah, tak payah buat, orang lain dah buatkan.

"Dan akhirnya tiba-tiba pula keluar cerita mengatakan saya tidak beri kerjasama. Saya tak tahu macam mana nak yakinkan orang, yelah saya bukanlah siapa-siapa. Tetapi, sebagai seorang Islam, saya berani bersumpah. Saya tak reka cerita.

"Setakat mahu buat dubbing, ia bukanlah satu isu besar. Lagipun saya cuma lakonkan sembilan babak sahaja dalam filem itu," tuturnya berterus terang.


SEBAGAI ibu tunggal, Abby cukup menjaga reputasi dan nama baiknya sebagai pelakon.


Tambah Abby, sebagai seorang pelakon yang hanya mengharapkan rezeki daripada lakonan, dia begitu menjaga kerjayanya agar tidak tercalar imej dan namanya.

Bila timbul isu sebegini, dia enggan menerima pandangan yang dirinya mula mengambil remeh tentang kerjayanya.

Lebih menyakitkan hatinya bila Abby dikatakan mula tidak berdisiplin ketika di set penggambaran gara-gara terlalu angau bercinta dengan Zulkifli Ariffin.

"Saya sayang karier saya dan hal sebegini tidak patut jadi isu dan dipanjang-panjangkan. Seolah-olah semua kesalahan diletak pada bahu saya, tak eloklah macam itu.

"Dari awal lagi saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan produksi mahupun Haliza sendiri. Dia pun ada beritahu tentang rancangannya untuk membuat acara Malam Gala bagi mempromosikan filemnya itu dan saya kata, bila-bila masa sahaja diperlukan, saya akan hadir. Saya beri kerjasama sebaik mungkin.

"Usahlah perlu membandingkan saya dengan artis-artis lain. Kalau boleh saya tak mahu bermasam-masam muka hanya kerana perkara salah faham ini.

"Rasanya, Haliza juga tahu tentang hal sebenar. Saya pelik bila ada akhbar menulis dan menambah yang bukan-bukan tentang kelakuan saya, seperti mahu menjatuhkan diri saya.

"Apa keadaan sekalipun, menipulah kalau saya kata tak pernah lewat ke lokasi. Biasalah kalau sekali dua terlewat, tetapi bukannya selalu. Saya terasa bila mereka cakap macam itu pada saya.

"Mengenai disiplin, seperti yang saya katakan tadi, saya sayangkan karier dan ini sahajalah sumber periuk nasi saya. Saya tak akan buat perkara yang boleh menjatuhkan kerjaya saya.

"Kalau selepas ini ada pihak menidakkan apa yang saya cakap ini, biarlah hal sebenar ini diketahui antara kita dan tuhan," ujar Abby.


HUBUNGAN Abby dan Zul masih berada di landasan sebagai sahabat baik, belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin.


Tak mahu nafi atau mengiakan cinta

Seperti umum tahu, teka teki mengenai perhubungan antara Abby dan Zul sering menjadi persoalan biarpun kebanyakan orang dapat mengagak mereka sememangnya sedang hangat bercinta.

Bagaimanapun, beritahu Abby, dia enggan menceritakan lebih-lebih mengenai hal cintanya. Baginya, biarlah hal itu menjadi rahsia sendiri tanpa diberitahu kepada umum.

"Saya tak seronoklah nak cerita tentang hal ini. Takut timbul pula cerita yang kurang manis. Apa pun, suatu hari nanti akan saya jelaskan juga.

"Apa yang saya boleh katakan, buat masa ini tiada siapa lagi yang boleh menerima saya serta anak-anak.

"Mengenai Zul, saya bukan menafikan atau mengiakan. Saya berkawan dengan sesiapa pun. Biarlah ia menjadi hak peribadi saya. Lebih seronok kalau saya kongsi cerita tentang karier," jelasnya yang sibuk dengan penggambaran drama Marhabah Delaila dan Hikayat Putera Syazlan.


SITUASI bahagia di set penggambaran antara Abby, Haliza (paling kiri) dan pengarah, Din CJ (dua dari kanan) tidak berpanjangan sehingga selesai pembikinan filem.


Sementara itu, di sebalik kesibukannya berlakon, Abby memberitahu, anak-anaknya, Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim yang berusia setahun tidak pernah diabaikannya.

Malah, sekali-sekala Abby akan membawa anak-anaknya ke lokasi jika tidak banyak babak yang perlu dilakonkannya.

Biarpun sering membawa anak-anak ke lokasi, tidak bermakna Abby mahu memberikan pendedahan kepada dunia glamor kepada anak-anaknya.


SELEPAS bergelar ibu tunggal, Abby kelihatan semakin jelita dan berseri-seri.


"Biarlah anak-anak saya lebih ke arah bidang akademik. Tetapi apa yang saya nampak, Dania lebih terarah dalam bidang seni. Ada saja yang dilakukannya. Kadang-kala dia suka beraksi depan kamera dan dia juga suka menyanyi dan menari.

"Lain pula dengan Danish, dia lebih suka membuat hal sendiri. Apa-apa pun, biarlah mereka belajar betul-betul kerana dunia sekarang ini sangat mencabar. Siapa yang bagus akan ke depan, dan siapa yang tidak bagus, akan jauh ketinggalan," kata Abby yang turut merancang pelbagai perkara demi jaminan masa depan anak-anaknya.