Wednesday, September 3, 2014
Bengkel Verifikasi Data Program Inisiatif ICT Sekolah-sekolah Pahang. 2- 5 September 2014
Wednesday, January 30, 2013
Thursday, January 14, 2010
Catatan DS Nizar
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yg melindungi saya dan seisi keluarga sepenuhnya dalam satu musibah kemalangan jalan raya pada 7 Jan 2010(khamis) , jam 9.20 pagi. Ianya berlaku sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin apabila tiba-tiba sebuah kereta masuk trus kelorong laju dari persimpangan jalan Seruan yg mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju.
Alhamdulillah, kereta Volvo yg dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yg saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan trus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.
Dengan izin Alah SWT saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya trus menalipon doktor gigi menyatakan tidak bolih hadir serta anak lelaki saya, sementara pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar, saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.
Sekonyong seorang pemuda menaiki Satria merah berhenti (mungkin kenal saya atau kereta saya) dan terus bertanya sama ada saya mahu di bawa ke hospital atau klinik pakar. Saya minta dibawa ke hospital Permaisuri Bainun dan kami terus menaiki keretanya yg terlihat saya anak kecilnya sedang berbaring dibelakang. Dalam perjalanan saya sempat bertanya asalnya dan tempat tinggal serta berkerja dimana.
Saya juga sempat menaliponsdr Amran dan petugas. Sampai di hospital jam 9.30 pagi saya terus ke unit kemalangan dan kecemasan untuk menerima rawatan dan terus dimasukan ke wad 8 Teratai.
Saya berada selama 4 hari di wad tersebut dan menerima rawatan sepenuhnya dari doktor, jururawat, matron dan kesemua petugas hospital. Ramai pelawat dan pengunjung juga hadir termasuk sanak saudara jauh dan dekat.
Semasa di wad ramai rakan taulan, saudara mara, pemberita dan wartawan, bloggers dan kenalan telah datang mengunjung. Bonda saya Hajjah Hamidah bersama kakak dan abang adik juga telah datang menziarahi bersama orang kampong. Ada yg dapat masuk dan yg ditahan. Ramai Pegawai kerajaan, NGO, Syarikat dan golongan korporat serta individu telah menghantar buah tangan bungaan, buah2an dan lain lain kad ucap sembuh dan doa-doa. Tak kurang juga yg menalipon dan SMS bertalu2 bertanyakan keselamatan dan kesihatan saya.
Namun saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada semua yg telah menziarah termasuk YB Dr Mah Han Soon, YB Dato Fakih Adam , YB Dato' Ngeh dan kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat. YB Dato Seri Dr Zambry Kadeer juga melawat saya pada 8 Jan, jam 10.25malam dan sempat besembang perkara biasa. Trima Kasih Dato' Seri dan pada semua!
Sewaktu di wad saya diperiksa dan di perhatikan oleh 7 orang doktor bersama matron, sister dan jururawat di wad tingkat 8. Kesemuanya handal2 belaka dan kebanyakannya mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan berharap PR akan kembali berkuasa d Perak. Tak kurang juga yang bertanyakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa Menteri Besar sah di Perak? Saya nyatakan "tak tahu, wallahu a'lam!"
Ujian air kencing dan darah semuanya normal cuma tekanan darah saya agak tidak stabil dan tinggi. Doktor telah memberi ubatan bagi menstabilkan dan alhamdulillah kini telah pulih.
Siku kanan saya yg cedera ringan itu pula telah dibuang jahitanya dan dewasa ini telah baik.
Oleh kerana saya berjanji menghadiri beberapa program dan majlis ceramah, khususnya di Puchong, Manjung, dll maka saya gagahkan dan dapat berceramah sewaktu dalam wad dengan mengunakan talipon bimbit secara life ditempat2 tersebut. Alhamdulillah walaupun tak dapat hadir, namun mereka masih bolih mendengar suara saya! Saya juga sempat mengimamkan solat fardhu Jumaat apabila disudi oleh imam masjid Hospital (Masjid Muhibuddin Shah) , sebaik saja habis imam berkhutbah. Dgn izin Allah SWT saya berkemampuan dan menyempurnkan mengimami solat tersebut dan berdoa selepas solat jumaat.
Pada hari akhir (10 Jan) sebelum keluar wad, salah seorang pesakit (dari Johor) diwad tingkat 8 telah kembali kerahmatullah. Saya mengajak isteri saya Datin Seri untuk menziarahinya dan bertemu balu Allahyarham dan anak kecil perempuanya. Saya sempat mengepalai majlis Tahlil bersama kakitangan hospital dan rakan keselamatan dan unit amal. Al faatihah buat Allahyarham sdr Hashim!.
Saya dibenarkan pulang kerumah oleh doktor pd 10 jan jam 12 tengahari setelah mereka puas hati dan kini saya berihat di rumah dan telahpun meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.
Mula mesyuarat parti, berceramah, menghadiri jamuan makan malam, kuliah, melawat gereja, sekolah Convent (Taiping) mangsa kebakaran, dan bertemu rakyat dipasar malam (Alor Pongsu), gerbang malam (Bgn Serai) serta Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (bgn serai).
Alhamdulillah saya sekarang telah pulih dan sekali lagi saya bersyukur kehadrat Ilahi dan berbanyak terima kasih kepada semua rakyat jelata, jentera parti, petugas professional Hospital dan petugas keselamatan unit amal, petugas dan pegawai Faber Mediserve hospital Ipoh, ADUN dan ahli Parlimen . Kepada yang sms , menalipon, melayar FB dan menjenguk blog saya untuk bertanya khabar, terima kasih dan berbanyak penghargaan pada semua. Teruskan berdoa agar dapat kita usahakan dan meneruskan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran di bumi Perak tercinta ini. Insiden ini sesungguhnya telah banyak memberi pelajaran dan hikmah kepada saya untuk di teladani dan direflexikan. Allah maha berkuasa melindungi dan Penyelamat saya!
Akhir sekali khusus pada saudara Md Nor Mansur yg telah membawa saya ke Hospital menaiki Satria merahnya, sejurus selepas kemalangan, Allah memberkati saudara dan terima kasih tidak terhingga kerana bantuan kecemasan. InshaAllah kita akan bersua nanti!
Saya bermohon ampun maaf kepada semua jika ada tersinggung, terkasar bahasa, terlebih bicara, terlanggar tata dan lain kesilapan dan kelemahan. Terus doakan demi keselamatan negeri kita dan rakyat jelata
Sekian wasalam, Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Bubar, Bubar, Bubar DUN Perak!!
Allahu Akbar.
Monday, January 4, 2010
TEMUDUGA TERBUKA
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sunday, December 20, 2009
Puasa 10 Muharam
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Tuesday, December 15, 2009
Boikot
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.
Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.
Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.
"PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.
"Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat," katanya.
PAS, katanya, berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.
Saturday, December 12, 2009
Zunar: Kami tetap teruskan walaupun pada kertas tandas
Lim Hong Siang | Dec 09, 2009 12:15:02 pm
"Saya akan nyatakan, sekiranya, akhirnya kami terpaksa buat dalam toilet tissue, lukis atas kertas toilet pun kerana disekat, itu pun kita akan jalankan... kerana kita harus perjuangkan benda ni." Demikianlah ketegasan Ketua Editor majalah Gedung Kartun (GK), Zunar ketika mengumumkan penerbitan GK kedua dalam format baru, untuk mengelakkan "pergaduhan dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri)" dari segi undang-undang, pagi ini. "Kami tetap akan buat," tegas Zunar. Majalah Jenaka Alternatif,Gedung Kartun mencetus kontroversi apabila terbitan pertamanya muncul di pasaran pada Ogos tahun ini. Pegawai KDN telah menyerbu pejabat penerbitnya pada 25 Ogos, dan kilang pencetaknya pada hari keesokan. Zunar berkata, "rintangan-rintangan ini tidak akan menggagalkan kami. Kartunis-kartunis yang berbaris di belakang saya pada hari ini adalah kartunis-kartunis yang telah faham risiko dan tegas dengan pendirian ini." "Walaupun kita hanya ada empat, lima orang saja, tetapi mereka adalah lebih baik... mereka adalah kumpulan yang berkualiti kerana kita tegas dengan pendirian ini, dan kita faham risikonya, dan kita faham ini part of perjuangan sebagai satu trend kartun yang tidak pernah dihasilkan kartunis lain di Malaysia sebelum ini," ujarnya. GK II : Perak Darul Kartun Sebermulanya sidang media pada hari ini, Zunar berkata, "GK ini telah menjadi kontroversi, dan kami pun belum mendapat satu kata putus dari KDN tentang lesen. Kita tidak tahu...untuk terus terang, kita pun tidak mengharapkan lesen itu akan diberi kerana kontroversi ini." "Kerana itu, kami terpaksa keluarkan GK ini kerana kami begitu percaya content (kandungan) macam inilah yang betul-betul menjadi pendirian kami sebagai kartunis," jelasnya ketika mengumumkan penerbitan GK II dalam bentuk buku yang hanya memerlukan ISBN, dan bukannya permit seperti syarat yang dikenakan pada majalah. "Kenapa kami memilih buku? Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya. Perak Darul Kartun mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding GK) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah," Jelasnya. Beliau menyambung, "cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui websitecartoonkafe.com." Lawan KDN: Perkara yang terlalu kecil Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque (gambar kiri) pernah dipanggil oleh pihak KDN untuk disoal siat setelah serbuan dan rampasan majalahnya oleh pihak KDN. Malah, semasa disoal siasat, Zunar dimaklumkan bahawa dirinya mungkin didakwa di mahkamah lantaran penerbitan majalah tersebut. Walaupun tiada perkembangan baru menyusul selepas itu, namun serbuan tersebut secara tidak langsung telah menjadi publisiti untuk majalah ini, apabila syarikat penerbitnya Sepakat Efektif terpaksa membuat terbitan kedua sebanyak 5,000 naskah, selepas terbitan pertama 10,000 naskah. Kali ini, kumpulan kartunis GK tidak ingin terheret dalam konfrontasi terhadap KDN, memandangkan pegawai pentadbirnya hanya menjalankan arahan dari "orang atas". Zunar menyifatkan bahawa "lawan KDN" itu perkara yang terlalu kecil untuk mereka. "Matlamat kami untuk menerbit..." Sementara menunggu permit untuk GK, pejabat Zunar juga memohon permit majalah yang lain. Zunar menjelaskan bahawa pemohonan ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa "permit diminta tetapi tidak diberi", biarpun alasan penolakan itu tidak akan dimaklumkan. Keadaan ini berbeza jikalau dibandingkan dengan negara lain, misalnya Indonesia yang hanya memerlukan penerbit untuk sekadar memaklumkan penerbitan bahan bacaan, bahkan pencetak bahan tersebut tidak memikul apa-apa tanggungjawab. Sebagai Ketua Editor, Zunar menjelaskan bahawa penyambungan penerbitan GK dalam bentuk buku membuktikan pihaknya tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat mereka. "Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis," katanya. "Kami percaya, kartunis bukan sahaja berperanan mengetengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggungjawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik," katanya. Zunar menyambung, "kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Untuk saya, negara kita sedang menghadapi krisis, setidak-tidaknya krisis moral dan krisis keyakinan orang ramai terhadap pemerintah. Siri-siri, episod-episod yang berlaku, krisis kehakiman, krisis ekonomi, rasuah, SPRM, pembunuhan Teoh Beng Hock dan sebagainya, adalah krisis." "Jadi, kartunis tidak boleh berdiam diri dan berkecuali. Kerana berkecuali, ertinya kita memihak kepada orang yang melakukan kezaliman. Berkecuali itu tidak bermakna tidak memihak," jelasnya. Beliau bersambung,"...pendirian kami tegas. Kita tidak boleh berkecuali. Kita mesti menyatakan pendirian dan pendirian untuk membela orang-orang yang dizalimi, dan menyatakan mana yang benar dan mana yang salah." |