Thursday, December 3, 2009

Fatine Gentar

Jumaat, 2009 Disember 04

Model, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 tahun, masih belum disebat akibat meminum arak, kini timbul satu lagi kes lebih kontroversi, saya jangka bakal memancing perhatian pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan dunia.


Jurusolek pondan, Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari, 36 tahun, dilaporkan gentar pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan warga Britain, Ian Young, 30 tahun, Mei lalu, mengikut British Civil Partnership Ceremony.

Baca kisah terperinci Fatine di sini.

Fatine kini terpaksa pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visanya andai dia berhasrat terus tinggal bersama ‘suaminya’ di luar negara. Jika pulang, risiko pertama, dia khuatir terpaksa berhadapan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya didakwa menghina agama, bangsa Melayu dan negara berikutan perkahwinan sesama jantina. Risiko kedua, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatannya mungkin akan mengambil tindakan ke atas Fatine kerana tinggal lebih masa di Britain.

Ramai mula bersuara mempersoalkan haknya sebagai individu dalam memilih corak kehidupan diidamkan. Saya yakin, suara terbabit akan bertambah lantang dalam jangka waktu terdekat.

“All we want is to be married, happy and living together,” kata Ian.

Barangkali Ian tidak tahu, Islam tidak membenarkan perkahwinan sesama lelaki.

Kata Fatine, dia berasa kecewa kerana ramai tidak faham, dia berhijrah ke Britain kerana ingin bersama lelaki dicintainya.

Apapun, hemat saya, Jabatan Imigresen mungkin mendakwa Fatine mengikut Akta Imigresen 1957/1963, denda boleh dijelaskan manakala pandangan buruk masyarakat lama-kelamaan akan berkubur.

Persoalannya, Fatine sebagai penganut agama Islam, apa pula tindakan Jabatan Agama Islam? Menarik untuk kita tunggu dan lihat.

1 comment:

Admin CCZ said...

Salam..Nau'zubillah..Semakin hari semakin rosak golongan nie..