Wednesday, November 12, 2008

UMNO PELIHARALAH IBRAHIM ALI

Assalamualaikum... Semasa membangkitkan persoalan ketika Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak membentangkan pelan pemulihan ekonomi di Parlimen semalam, ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali telah mengambil kesempatan untuk menzahirkan yang beliau telah memaaf dan mengampuni Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi kerana memecat beliau daripada Umno.

Begitu baik sekali hati ahli Parlimen berkenaan kerana memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Sebelum ini marahnya bukan main lagi kepada kedua pemimpin Umno itu. Setiap ceramahnya atas pentas Pas dimaki hamun Najib dan Abdullah.

Barang kali ramai orang dengar bagaimana beliau menceritakan tentang Najib ligat berkempen di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir sehingga tidak bersembahyang Subuh atau cerita berkias bagaimana Najib sembahyang Asar dua tiga kali sehari kerana nak tunjuk alim.

Begitu juga barangkali ramai orang masih ingat terutamanya pendengar diceramahnya bersama Pas bagaimana beliau mengatakan Abdullah seorang yang lembik, tidak cerdik dan sebagainya.

Beliau marah kerana beliau dipecat dari Umno.

Jadi apabila semalam beliau telah memaafi kesalahan itu, menyebabkan orang terfikir apakah sebabnya beliau tiba-tiba menjadi sebaik itu. Tentulah ada helah di sebaliknya. Dalam keadaan hari ini, apabila Pas sudah muak dan jelak dengan perangainya mungkin ahli Parlimen Bebas itu sudah tahu ke mana diri beliau selepas ini. Tidak mungkin Pas akan bermurah hati untuk memberi laluan kepadanya lagi pada pilihan raya akan datang.

Jadi mulai sekarang beliau perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Jalannya satu saja iaitu kembali kepada Umno. Apa yang dilakukan semalam dengan memaafkan Najib dan Abdullah dengan harapan Najib dan Abdullah memaafi kesalahannya dan mengundangnya masuk semula ke dalam Umno. Itu saja.

Saya berpendapat eloklah kalau Umno mengambil semula Ibrahim Ali. Kalau dibiarkan dia duduk diluar ia mencemarkan keadaan saja. Umpama binatang peliharaan yang sudah tua dan busuk kalau dibiarkan ia merayau-rayau kalau masuk ke dalam rumah orang ia akan mencemarkan orang lain. Jadi kerana Ibrahim itu adalah pilharaan Umno sejak dulu lagi ambil dan jagalah semua dan berilah dia makan sekenyang-kenyangnya agar ia duduk diam.

DIPETIK DARI BLOG TUN PADUKA TUAN

No comments: